Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Linda Jasmine Nafi Halang Que Terus Berlakon

Wednesday, December 9th, 2009

que haidar linda jasmine

Kan kami dah cakap budak darjah 6 yang buat gosip kononnya Linda Jasmine tak bagi Que Haidar berlakon dah. Memang nampak sangat tak logiknya. Ada ke patut jadi pengurus kilang baja? Kalau buat gosip jadi pengurus kilang baju dalam ke logik la jugak. Nie kilang baja. Nampak sangat dah kering idea nak reka gosip panas. Kesian betul kat sapa yang mereka cerita gosip nie.

Tak sampai 2 3 hari keluar gosip murahan nie, Linda Jasmine  terus bagi kenyataan balas. Mungkin dia pun bengang kot orang cakap suami dia jadi pengurus kilang baja. Tapi kami paling suka Que Haidar punya jawapan. Memang sempoi dan kacak bergaya:-

Kalau dia tak sayang dan sokong saya, takkan dia sanggup datang ke Anugerah Skrin baru-baru ini.

Korang bacalah cerita penuh yang diamik dari Mstar dengan baca artikel nie lagi.

(more…)

(GOSIP)Linda Jasmine Arah Que Haidar Berhenti Berlakon?

Monday, December 7th, 2009

que haidar linda jasmine

Panas, panas dan memang panas seperti air yang baru dijerang. Kami terbau-bau yang gosip nie adalah gosip tipu semata-mata tapi kami nak kongsi jugak. Nama pun gosip kan? Nak tau betul ke tak kena tunggu Que atau Linda Jasmine bagi kenyataan. Buat masa nie, sila jangan percaya gosip ini.

Khabarnya kerana kejelesan yang teramat sangat, Linda Jasmine dah arahkan Que Haidar agar berhenti dan melupakan terus dunia lakonan. Dengar ceritanya Que dah tak boleh terima apa-apa tawaran berlakon dah sekarang nie. Paling tak logik, Que sekarang dah jadi seorang pengurus di kilang baja kat Kuala Lumpur. Nampak sangat tipu kan?

Untuk menambahkan kesedapan cerita gosip nie, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Kami di BeautifulNara percaya 100% yang gosip nie telah direka oleh budak sekolah darjah 6 yang baru habis UPSR. Nak buat gosip pun janganlah sampai jadi pengurus kilang baja. Nampak sangat ketaklogikannya kat situ. At least jadilah pengurus kedai LV ke, bukak butik baju ke. Nampak skit ada kaitan. Tak gitu?

(Tahniah) Linda Jasmine selamat dapat baby

Tuesday, October 27th, 2009

Tengku Ratu Haidar. Wah, glemer sungguh nama itu. Tak terpikir dek fikiran kami yang rakyat biasa ini. lepas ni akan ada trend baru menamakan anak macam itu. Mesti comel lote putih gebu anak Linda & Que Haidar ni…tengok mak nya lah yer.

Linda selamat melahirkan Tengku Ratu Haidar semalam, di Gleaneagles Ampang. Que Haidar masuk dalam bilik bedah temankan isterinya, yeah memang inilah lelaki gentleman yang kita boleh contohi.  Sesapa yang ada pengalaman gempak di bilik bersalin boleh share mana tau ada tips-tips yang berguna.

Gambar baby Ratu belum ada ya, kena tungguuuu~~

Tahniah Linda Jasmine & Que Haidar daripada kami semua di Beautiful Nara….

(VIDEO)Linda Jasmine Masa Anak Dara, So Cute!!!

Friday, August 21st, 2009

Sungguh comel Linda Jasmine masa muda remaja dulu. Korang mesti ingat punyalah video iklan nie. Lepas tengok iklan nie, baru kami perasan yang awek dalam tue rupa-rupanya Linda Jasmine. Macam muka budak baru lepas amik SPM pulak si Linda dalam video iklan kat atas tue.

Kalau anda terlepas pandang, ada gambar terkini Linda Jasmine tengah sarat mengandung yang agak menyeksakan mata masa Filem Festival Malaysia baru-baru nie. Cuba tengok dan bandingkan Linda Jasmine yang dulu dan sekarang. Macam langit dengan bumi kan?

(GAMBAR)Terbaru Linda Jasmine Sarat Mengandung

Monday, August 10th, 2009

linda jasmine mengandung

Wah, wah, wah. Makin membesar nampaknya saiz badan Linda Jasmine sejak mengandung nie. Tapi still maintain cun dan meletop. Oh ye, gambar terkini Linda Jasmin sedang mengandung nie diambik masa Festival Filem Malaysia yang ke 22 baru-baru nie.

Seksi atau tidak pakaian yang Linda Jasmine pakai nie mungkin berbeza dari persepsi setiap orang. Tapi mungkin jugaklah Linda Jasmine tak sangka badan dia akan membesar sebegini rupa. Jadi tak sempat nak beli baju baru yang cukup kain untuk dipakai masa malam FFM22 tue. Tue yang  terkeluar apa yang tak patut dikeluarkan.

Lagi gambar terbaru Linda Jasmine yang sarat mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)