Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Fasha Sandha Hisap Rokok Dengan Machonya

Monday, February 1st, 2010

fasha sandha hisap rokok

Fasha Sandha. Satu nama yang sentiasa penuh dengan kontroversi. Kontroversi dengan Facebook I Hate Fasha Sandha, kontroversi gambar mesra dengan bekas suami Nora Danish dan hari ini kontroversi gambar Fasha Sandha hisap rokok. Katanya gambar nie diambil semasa sambutan hari jadi Fasha Sandha.

Kami taknak salahkan Fasha Sandha kerana merokok. Kami pun ramai jugak kawan-kawan perempuan yang hisap rokok. Cuma nasihat kami kepada artis-artis Malaysia nie, kalau boleh janganlah amik gambar time tengah hisap rokok ke, pegang botol arak ke, menari tak ingat dunia ke. Anda tue tumpuan ramai. Jadi berhati-hatilah dengan kelakuan anda.

Lagi gambar Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan ZonArtis.

(more…)

(KANTOI)Qabil Bongkar Segalanya Tentang Fasha Sandha

Wednesday, October 21st, 2009

qabil dan fasha

Abang Qabil Ambak memang hensem ~~~ Sumpah macho tak ingat dalam kenyataan dia hari nie kat Berita Harian. Terungkai segalanya mengenai hubungan dia dengan Fasha Sandha. Dan yang paling penting, bolehlah dikatakan nampaknya cik Fasha Sandha kita kantoi berbohong. Kenapa kami cakap macam tue? Cuba baca sikit Qabil punya statement nie:-

Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudahlama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkansendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan 

Ha. Tue baru kantoi nombor 1. Cuba baca statement Qabil lagi untuk kantoi nombor 2 plak.

Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalausaya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya

Hohoho (gelak Santa Claus). Yang statement kat atas nie memang kantoi paling sekantoi-kantoinya. Ish-ish. Kalau kami jadi cik Fasha, memang kami tak berani keluar rumah 2 tahun. Malu beb. Kiranya kami rasa Fasha nie dah sampai tahap beria sangat nak kawin sampai sanggup reka-reka cerita. Kesian Abang Qabil.

Jadi apakah sebenarnya reason Abang Qabil kita clash ngan cik Fasha? Kalau nak tau baca statement kat bawah nie plak:-

Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas sayamelihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga sayaserta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha

Wah wah wah. Apakah rentak hidup Fasha Sandha? Mungkin dia tak minat nak tunggang kuda macam yang Qabil suka. Tak pun Fasha fobia dengan kuda so tak sesuai la ngan jiwa Qabil yang merupakan seorang ekuestrian (betul ke eja nie). Atau mungkinkah rentak hidup Fasha terlalu baik untuk Qabil?

Kita tunggu apa pulak jawapan cik Fasha Sandha kita. Untuk korang yang nak baca statement penuh dalam Berita Harian, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Fasha Sandha Dan Rizal, Di Mana Qabil Ambak

Thursday, August 20th, 2009

fasha rizal dan qabil ambak

Inilah yang menjadi persoalan di benak minda kami. Naik benak otak nie berfikir. Si ekuin negara, Qabil Ambak dah mengaku jadi kekasih Fasha Sandha. Siap dah cakap bakal berkahwin Januari depan. Tapi yang keluar gambarnya Fasha Sandha dengan Rizal, bekas suami Nora Danish. Di manakah gambar Fasha dengan Qabil?

Misteri kan? Kami pun misteri. Adat orang bercinta mestilah keluar celebrate birthday ngan pakwe atau makwe masing-masing kan? Tapi kenapa nampak Fasha pulak yang pergi sambut hari jadi Jejai? Siap pakai baju sedondon lagi tue. Warna putih gitu. Sungguhlah misteri kan?

Lagi satu yang jadi peliknya. Takkanlah si Qabil nie tak tahu gambar-gambar si Fasha ngan Rizal nie dah banyak keluar. Minggu lepas dah ada gambar Fasha dan Rizal kat Merdeka Millenium Race. Minggu nie kuar plak gambar nie. Kalau kami yang jadi pakwe Fasha, memang baran gak la. Jeles la awek keluar ngan orang lain. Tak gitu?

Lagi gambar terbaru Fasha Sandha dan Rizal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Terbaru Fasha Sandha Dengan Rizal Di Litar Kereta

Monday, August 10th, 2009

fasha sandha dan rizal

Gambar yang diambil pada 8 Ogos ini menunjukkan yang si Fasha Sandha telah pergi tengok si Rizal merempit di Millenium Race Endurance. Persoalannya di sini kenapa pulak Fasha nak pergi tengok Jejai nie berlumba? Adakah mereka ada skandal? Tapi hari tue baru si Pasha nie kata dia tak ada apa-apa dengan Rizal kan?

Sungguh misteri nusantara. Mungkin Fasha Sandha pun salah seorang perempit di litar tue dan mereka terjumpa secara tak sengaja. Alang-alang dah kenal diorang pun amik la gambar. Mungkin jugak kan? Kebenarannya hanya Fasha dan Rizal sahaja yang tahu.

Ada satu lagi gambar terbaru Fasha Sandha dan Rizal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.3

UPDATE: Tadi gambar tak keluar. Tapi nie kitorang dah betulkan. Tengok la balik.

(more…)

Rahsia Cincin Fasha, Bakal Kahwin Tahun Depan

Monday, June 1st, 2009

fasha comel

Lama betul tak dengar cerita terbaru tentang pelakon wanita paling sensasi Malaysia, si Fasha Sandha nie. Tup-tup semalam keluar Harian Metro, cover depan sampai 3 muka surat cerita pasal dia jer. Siap keluar semua citer lelaki-lelaki yang ada kaitan ngan dia.

Kata Fasha, dia bakal bertunang September nie dan akan kawin paling lewat tahun depan. Calonnya? Bukannya bekas suami Nora Danish, si Rizal tue. Sebab kata Fasha, bakal suaminya itu bukan duda ataupun suami orang. Boleh percaya ke nie?

Tapi ada berita sedih buat peminat Fasha Sandha(ada ke orang minat dia nie?). Kata Fasha lagi, lepas berkahwin nanti dia akan bersara daripada dunia lakonan. Bakal suami tak bagi berlakon lagi dah. Lagipun katanya sekarang nie duit dia pun dah cukup untuk bagi kesenangan kepada keluarga dia.

Apa-apa pun Fasha, kalau betullah anda akan berkahwin kami ucapkan tahniah banyak-banyak. Lagi bagus kalau memang betul bakal suami anda itu seorang bujang. Buang semua kontroversi panas anda dengan si Rizal tue dulu. Ramai orang yang sakit hati sebab tue.

Dan kalau anda masih belum baca artikel-artikel kami yang dulu pasal Fasha, jangan segan-segan nak baca. Antara artikel menarik ada di bawah nie:-