Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Diana Danielle Beramah Mesra Dengan Orang Asli

Tuesday, January 5th, 2010

diana danielle

Bagus betullah si Diana Danielle nie. Muda-muda lagi dah pandai wat amal kebajikan. Pastue wat yang lain daripada yang lain plak tue. Rasanya tak pernah lagi ada artis Malaysia yang pergi melawat orang asli kat kampung diorang. Tabik spring kami kat Diana Danielle sebab buat kerja baik macam nie.

Kami sebenarnya suka gak kat Diana Danielle nie. Dia macam ada aura lain dari yang lain. Masa kitorang layan filem Setem dulu, terpaku sekejap bila part Diana Danielle. Walaupun tak banyak part dia (takder dialog sangat pun) tapi dia punya impak besar gak la. Masih terbayang-terbayang lagi sampai sekarang keayuan dan kebesaran mata Diana Danielle dalam filem Setem.

Buat Diana Danielle, teruskan usaha anda untuk berbuat amal kebajikan yang macam nie. Kalau orang kata anda tak ikhlas ke, nak cari publisiti murahan ke, pedulikan semua tue. Biasalah manusia nie memang pendengki. Takleh nak tengok orang senang. Yang penting kita ikhlas buat benda tue.

Lagi gambar Diana Danielle beramah mesra dengan orang asli dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GOSIP)Diana Danielle Sah Bercinta Dengan Farid Kamil

Wednesday, June 10th, 2009

diana daniele

Dasar orang cantik, Diana Danielle dah pun dapat jumpa pakwe baru untuk gantikan si Syamsul tue. Boleh tahan high taste jugak si DD nie. Khabarnya Farid Kamil adalah pakwe baru Diana Danielle.

Pelik jugak kitorang sebab sebelum nie kecoh Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Mungkin ke cintanya ditolak Lisa jadi Farid Kamil pergi ngorat Diana Danielle pulak?

Dah la sekarang nie DD tengah PLKN lagi. Pelik jugak macam mana diorang sempat wat hubungan cinta. Mungkinkah Farid Kamil terjatuh hati lepas tengok gambar DD pakai baju askar kat Kem Heliza?

Kalau korang nak tengok gambar terbaru Diana Danielle di PLKN Kem Heliza, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Diana Danielle Pengsan Di ABPBH 2008

Monday, April 13th, 2009

gambar diana danielle abpbh 2008
Kesiannya dengar cerita si Diana Danielle pengsan semasa malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008(ABPBH 2008). Bayangkan betapa kecohnya bila ada awek secantik Diana Danielle tiba-tiba tergolek di tengah-tengah orang ramai.

Pengsan ketika hendak mengambil makan selepas berakhirnya ABPBH 2008, puncanya dikatakan sebab Diana Danielle tak makan sejak dari pagi. Cuma makan sarapan yang sikit sahaja akibat terlalu sibuk dengan aktiviti temuramah bersama media.

Tapi yang tak sedap telinga mendengar bila ada orang kata yang Diana Danielle saja buat-buat pengsan sebab nak tarik perhatian orang. Mungkin kecewa sebab tak menang Anugerah Artis Baru Wanita Popular, jadi dia cuba mempopularkan diri dengan pengsan di khalayak ramai.

Apa-apa pun lepas ini jagalah pemakanan tue sikit. Makin kurus kami tengok si Diana Danielle nie. Tapi apa-apa pun pakaian dia memang cantik dan menarik di malam ABPBH 2008.

Teknik Menyapu Sampah Yang Betul Dari Diana Danielle

Monday, April 6th, 2009

gambar terbaru diana danielle di plkn

Seronok betul si Diana Danielle di PLKN Kem Puteri Heliza. Dengar ceritanya siap jadi penghuluwati, jaga 400 pelatih-pelatih bawahan. Mesti gembira pelatih-pelatih lelaki hari-hari dapat tengok muka si Diana Danielle yang comel.

Selain dari teknik menyapu sampah yang betul di atas, antara gambar-gambar teknik lain yang ditunjukkan oleh Diana Danielle ialah:-

  • teknik menyidai kain di ampaian dengan kepantasan tahap tertinggi
  • teknik memastikan cadar katil tegang tahap maksima
  • teknik bercerita sambil membuat lawak sehingga kawan-kawan gelak tak boleh berhenti
  • teknik mengilat kasut sambil duduk bersimpuh ayu gitu

Korang layan ajerlah gambar-gambar terbaru Diana Danielle di PLKN untuk melihat semua teknik-teknik di atas. Baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar tersebut.

(more…)

(GAMBAR)Diana Danielle Di PLKN?

Friday, March 27th, 2009

gambar diana danielle di plkn

Sekeping gambar membawa seribu makna. Sekian terima kasih.