Written by AbangNara | October 24th, 2012

Terasa menyesal pulak diri ini tidak menghadiri grand finale SimplySiti Star Search. Bukan boleh sekadar berjumpa dengan Siti Nurhaliza, tapi ada Awal Ashaari dan Scha Al Yahya selaku pengacara majlis. Confirm happening punya kalau pasangan suami isteri ini yang jadi MC.

scha awal

Abang Nara perasan yang bentuk badan Awal dan Scha ini masih maintain sama sebelum perkahwinan mereka. Tak nampak sangat kenaikan yang selalu dialami oleh pasangan baru berkahwin. Abang Nara yang baru berkahwin setahun lebih sedikit pun sudah nampak kebuncitan. Agaknya apa rahsia mereka ya?
scha awal
Apa pun Abang Nara pasti ramai yang tak sabar untuk mendengar berita gembira tentang kehadiran orang ketiga dalam hidup Awal dan Scha. Sama-samalah kita doakan agar mereka dimurahkan rezeki. 10 lagi gambar Awal dan Scha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

P.S: Air pancut berbentuk sfera.

 
Written by AbangNara | May 3rd, 2012

Nampaknya ramai yang teruja dengan kemarvelousan gambar-gambar pra perkahwinan Awal dan Scha yang dibidik oleh Saiful Nang. Abang Nara pun sama teruja seperti anda. Dan untuk menambahkan lagi keterujaan anda, Saiful Nang telah sudi berkongsi 5 lagi gambar bakal pengantin baru ini.

pre wed scha awal

Ada sedikit info menarik tentang shooting ini:-

1. Konsep ala-ala pearl harbour…boleh lah. Tapi sebenarnya pahlawan lah.
2. Mula nak buat ala-ala perajurit, last2 tak dapat baju tentera betul, kita modify sendiri baju tu jadi macam baju army pilot pula
3. Lokasi yang orang nampak macam kapal terbang tentera tu sebenarnya kita ambil di gerabak keretapi barang.
4. Gaya manipulasi dan extreme color grading ni antara kelainan yang CandidSyndrome mahu bawakan dalam perkahwinan selebriti ini.
5. Menggunakan khidmat pakar manipulasi dari Indonesia, Anto Piliang
6. Jangkamasa shooting hanya kurang 2 jam, make-up sahaja 3 jam

4 lagi gambar pra perkahwinan Scha dan Awal dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Saiful Nang.

 
Written by AbangNara | March 28th, 2012

Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang selebriti. Buat apa sahaja pun boleh mencetuskan kontroversi. Dan Abang Nara pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Awal melamar Scha secara live di Propaganza baru-baru ini. Jawapannya ada di video KRUTV di bawah:-

Abang Nara pun tak berapa pandai sangat nak cakap bab-bab adat atau tradisi. Namun apa yang Abang Nara respek ialah ke”gentleman” Awal untuk membuat lamaran secara live. Bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Kalau Abang Nara mahu kejang urat peha dibuatnya.

awal dan scha

Layankan lagi 14 keping gambar romantik Awal dan Scha di Flora Cafe semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography tanda terima kasih atas kesudian mereka berkongsi gambar-gambar ekslusif ini.