Written by AbangNara | March 20th, 2013

Akibat gambar menampakkan sebahagian pahanya yang telah dikongsi menerusi laman Instagram Zain Saidin, Rozita Che Wan telah dikutuk teruk oleh sebahagian peminatnya kerana berpakaian terlalu seksi. Malah ada yang berpendapat imej sebegitu tidak sesuai dengan Che Ta memandangkan usianya yang sudah mencecah 40-an.

rozita che wan

Rozita Che Wan menyedari perkara ini dan berkata kepada Sinar Harian yang dia tidak ambil pusing terhadap kata-kata orang di sekelilingnya. Kata Che Ta:-

Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.

rozita che wan

Sementara itu, kekasih Che Ta, Zain Saidin telah pun mematikan akaun Instagram miliknya. Ini kerana komen-komen negatif yang terlalu banyak diterima memberikan kesan buruk kepada karier dan orang yang tersayang.

rozita che wan

Satu langkah yang bijak daripada Zain Saidin. Mungkin selepas berkahwin dengan Che Ta nanti, Zain Saidin boleh menjaga imej dan pakaian yang diguna oleh isterinya. Abang Nara pasti Zain tidak mahu keseksian isterinya ditatapi ramai selepas berkahwin kelak. Tak gitu?

P.S: Pergh. Stock baru telekung travel eksklusif kembali lagi. Mudah dibawa kemana-mana terutama utk generasi muda yg aktif diluar sana! Order sekarang dengan PM di Facebook Gudang.my atau email ke sales@gudang.my. Boleh juga Whatsapp/SMS ke 019-236-1986.

Written by AbangNara | December 9th, 2012

Secara jujur, Abang Nara pun turut tertanya-tanya mengenai keaslian bentuk badan yang dimiliki oleh Rozita Che Wan. Namun tak adalah sampai terfikir yang Rozita buat pembedahan. Hari ini, menerusi Metro Ahad, Rozita Che Wan tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia pernah menjalani pembedahan rekonstrutif payudara akibat barah sebelum menjadi artis.

rozita original

Yang penting, apa yang ada di badan Rozita Che Wan adalah 100% original. Tiada pembedahan. Tiada korset. Alasan yang digunakan oleh pihak yang mendakwa Rozita melakukan pembedahan ialah setiap kali bergambar, Rozita akan mengiring ke kiri bagi memastikan kedudukan tubuhnya stabil. Hmmmmm. Pelik sungguh alasan tersebut.

rccw baru

Kata Rozita Che Wan untuk menjelaskan perkara ini:-

Selalunya apabila bergambar, saya akan ikut keselesaan tubuh. Tambahan pula saya kidal. Rambut yang didandan selalunya mengiring sebelah kiri juga menjadi faktor mengapa saya hanya akan bergambar di sebelah kiri atau mengiring tubuh ke arah itu. Pada waktu sama, tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya.

rozita baru
Rozita Che Wan turut sempat menyelitkan nasihat buat mereka yang dengki akan kecantikan tubuh badannya:-

Pada saya, kita jangan busuk hati kalau nampak orang lain lebih. Sepatutnya kita menjadikan kelebihan dimiliki itu sebagai sumber inspirasi. Mengambil contoh, jika ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu dan ini. Sebaliknya jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik dan sihat sepertinya.

Abang Nara sokong kata-kata Rozita Che Wan. Kalau tiap-tiap hari bantai makan roti canai, maggi, nasik lemak 4 5 bungkus lepas tue dengki dengan orang yang bertubuh mulus, tak ada faedahnya kan. Pasti mereka yang bertubuh cantik itu banyak berkorban untuk mendapatkan badan idaman. Tak gitu?

Written by AbangNara | September 13th, 2012

Kalau sebut nama Rozita Che Wan, pasti akan keluar cerita mengenai perkahwinannya. Sekejap ada gosip kata RCW dah kawin, sekejap kata bakal berkahwin tahun ini. Macam-macamlah cerita yang keluar. Kadang-kadang kesian juga kat Che’ Ta nie.

che ta

Namun hari ini RCW tampil di Kosmo memberitahu yang dirinya masih belum mempunyai calon suami. Gosipnya dengan lelaki bernama Bob adalah palsu semata-mata. Ini bermakna peluang untuk anda yang mengidamkan RCW masih terbuka luas. Namun anda perlu ada kriteria di bawah seperti yang dimahukan oleh Rozita Che Wan:-

Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah. Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Abang Nara suka part “saya juga tidak suka dengan lelaki yang suka berkahwin“. Ini bermakna anda yang masih bujang dan teruna di luar sana, peratusan anda adalah lebih tinggi untuk memikat hati Rozita Che Wan. Namun haruslah persiapkan diri daripada segi kewangan dan hati terlebih. Ada berani?

new

PS : Bosan pakai baju rupa sama ke kerja setiap hari? Jika inginkan kelainan berpakaian ke kerja, bolehlah melawat FB VANITYMASK untuk mendapatkan blouse fesyen terkini dari KOREA. Walaupun diimport terus dari Korea, blouse di sini semuanya harga bawah RM60. Kepada korang yang stylo, harem pants pun ada. Cepat, sementara stok masih ada~

Written by AbangNara | August 23rd, 2012

Amboi. Hebat jugak kriteria lelaki idaman Rozita Che Wan ini.  Bukan senang nak cari lelaki yang kacak, berharta dan matang di zaman sekarang ini. Namun kalau nama anda ialah Rozita Che Wan, pastinya anda hak untuk memilih. Tak gitu?

rozita che wan

Bercakap kepada Mstar Online, Rozita menegaskan:-

Kalau saya hendak berkawan dengan lelaki muda, biarlah orang itu menepati kriteria yang saya cari. Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah dan matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing. Kalau ditakdirkan saya dipermainkan oleh golongan itu, ia logik kerana saya sedar hakikat lelaki itu kacak dan berduit, sekali gus dia boleh buat perangai dan diidamkan ramai wanita. Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta.

rcw

Ada logiknya kata-kata Rozita Che Wan ini. Alang-alang nak bercinta, kenalah cari yang betul-betul perfect. Lagipun umur Rozita bukannya muda lagi. Pastinya Rozita mahukan seorang lelaki yang mampu menjamin masa depannya. Abang Nara doakan agar Rozita Che Wan bakal berjumpa dengan lelaki idamannya ini. Kalau anda rasa anda memenuhi kriteria, silalah hantar borang kepada Rozita. Hehehe.