Written by AbangNara | March 12th, 2013

Kedua-dua nama ini tidaklah popular mana. Kalau Rebecca tue Abang Nara kenallah sebab banyak kontroversi sebelum ini. Yang si Fauzi Al-Qadri ini memang langsung Abang Nara tak sedar pun kewujudannya. Tup-tup mereka berdua dilaporkan bergaduh ketika bertemu di FFM25.

rebecca

Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Rebecca memaklumkan yang Fauzi menunjukkan penumbuk kepadanya ketika satu majlis pelancaran produk kecantikan selepas FFM25. Untuk makluman, Rebecca dan Fauzi menjadi kawan selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Kata Rebecca:-

Sewaktu kami masih berkawan, saya tidak pernah berkiranya dengannya termasuklah wang ringgit. Saya bukan jenis kaki gaduh sama ada dengan rakan artis atau media tapi saya tak tahu kenapa dia sakit hati dengan saya. Kalau dia nak glamour sekali pun, bukan ini caranya. Dia sudah lama berlakon tapi kurang dikenali ramai. Saya sendiri mengambil masa 10 tahun untuk berada di kedudukan sekarang dan saya mencapai dengan usaha sendiri.

fauzi
Sementara itu Fauzi pula berkata yang pergaduhan antara mereka terjadi di parti selepas FFM25 berakhir. Menurut Fauzi, Rebecca menarik tangannya sambil menuding jari dan menuduh dirinya menjadi penghasut hubungan antara Rebecca dan rakan mereka yang lain. Kata Fauzi:-

Cara dia menegur saya menampakkan dia tidak profesional untuk berbincang secara baik. Ketika itu saya juga berasa bengang dengan sikapnya tetapi saya masih bertenang dan tidak mahu buat kecoh. Selepas insiden itu, dia ada menghantar SMS pada saya minggu lalu tapi selepas saya bersama seorang rakan saya membalas SMS itu, dia kemudian terus berdiam diri.

Abang Nara tak tahu apa punca sebenar pergaduhan Rebecca dan Fauzi ini. Namun begitu, daripada si Rebecca nie bergaduh, lebih baiklah tumpukan perhatian kepada anak yang baru lahir. Menghabiskan beras je gaduh-gaduh nie. Memang la dapat publisiti tapi publisiti murahan yang membuatkan orang lebih menyampah. Tak gitu?

P.S: Tips curi tulang di pejabat

Written by AbangNara | January 18th, 2011

gambar perkahwinan rebecca nur islam

Berseri-seri macam kuih seri sungguh muka Rebecca Nur Islam dalam gambar majlis perkahwinannya. Suka sungguh kami tengok kegembiraan yang terpancar daripada wajahnya. Gembira seperti anak buah kami yang baru-baru ini mendapat set drum sempena hari jadinya. Kami happy untuk Rebecca kerana hajatnya untuk menjadi seorang isteri sudah pun tercapai.

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Rebecca Nur Islam dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada JanggutTouch (taknak sponsor ambik gambar kami kahwin ke nanti?).

 
Written by AbangNara | November 23rd, 2010

rebecca nur islam

Kami tak sanggup nak habiskan tajuk entri di atas, kami biarkan anda sahaja yang menentukannya. Kami tak mahu menghakimi Rebecca Nur Islam sebab kami pun bukannya baik sangat. Bak kata Rebecca, bukan salah dia yang bernama Rebecca Nur Islam. Namanya itu sekadar pemberian ayahnya semasa dia kecik. Hmm….

Lagi gambar Rebecca Nur Islam yang … dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Andy yang Hot.

 
Written by AbangNara | July 8th, 2009

rebecca nur islam

Rebecca Nur Islam. Sekali dengar namanya memang sedap. Maksud nama pun best. Kalau tak pernah tengok gambar seksi Rebecca Nur Islam kat atas tue, semestinya kami anggap pelakon ini seorang yang bersopan santun dalam pemakaian.

Sayang seribu kali sayang (macam lagu Saleem plak), kata-kata “ada apa dengan nama” memang sesuai ditujukan kepada Rebecca Nur Islam ini. Mungkin patut ditukarkan namanya kepada Rebecca Tak Cukup Kain. Baru sesuai dengan gambar-gambar dia.

Oh ya gambar di atas diambil semasa Pesta Selebriti Kosmo. Banyak lagi artis-artis lain yang hadir tapi anugerah baju paling tak cukup kain jatuh kepada Rebecca nie. Ini lagi salah satu satu contoh artis kurang popular yang terpaksa pakai seksi untuk carik publisiti murahan. Cian betul kat diorang.

Lagi gambar seksi Rebecca Nur Islam dengan membaca artikel ini sepenuhnya.