Written by AbangNara | July 8th, 2012

Cantik sungguh gambar-gambar majlis pernikahan Ella dan Azhar yang diambil oleh Ministry of Moment ini. Patutlah Ella memberi tugasan jurugambar rasmi kepada mereka. Ella dan Azhar nampak sangat berseri-seri dan bahagia di dalam setiap gambar. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar pernikahan ella

Lagi 28 keping gambar sekitar majlis pernikahan Ratu Rock Malaysia, Ella dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Ministry of Moment yang sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif ini dengan pembaca BeautifulNara.

P.S: Esok (Isnin) Abang Nara akan muncul di ruang radio Red FM (104.9 FM) kira-kira jam 1 tengah hari. Pastikan anda mendengar Abang Nara ber”speaking” untuk1 jam. Kesudian anda amat Abang Nara hargai.

 
Written by AbangNara | July 7th, 2012

Hari ini, selepas Isyak, jika tiada aral melintang, Ella bakal bergelar isteri kepada Azhar Ghazali. Malam semalam, telah pun berlangsung majlis berinai sebagai persiapan Ella untuk majis akad nikah. Ella tampak sangat berseri-seri dan bahagia sekali.

gambar malam berinai ella

Ministry of Moment telah pun dilantik menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Ella dan Azhar Ghazali telah pun sudi berkongsiĀ  20 keping gambar malam berinai yang telah berlangsung semalam dengan pembaca BeautifulNara semua. 19 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Ministry of Moment.

 
Written by AbangNara | June 28th, 2012

Abang Nara kagum dengan kehebatan Ella merahsiakan hari pernikahannya yang tinggal tidak kurang daripada seminggu sahaja lagi. Sebentar tadi, portal Murai telah mengumumkan yang Ella bakal bernikah pada 7 Julai dengan seorang juruterbang yang berasal daripada Muar, Johor.

gambar nikah ella

Ella sebelum ini dilihat menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac yang lalu. Menurut ahli keluarga terdekat Ella, majlis pernikahan akan dilakukan di rumah kediaman keluarganya di Klang, Selangor. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan akan berjalan dengan lancarnya.

P.S: Kucing buta yang comel.