Written by AbangNara | December 22nd, 2012

Akhirnya debaran Anne Ngasri untuk menjadi isteri buat kali kedua telah pun berakhir kira-kira jam 11 pagi hari ini. Hanya dengan sekali lafaz, Anne Ngasri (28 tahun) dan Mohd Sumali Reduan (40 tahun) kini sah bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan!!!

gambar kahwin anne ngasri

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

anne

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

anne

7 lagi gambar sekitar majlis pernikahan Anne Ngasri dan Sumali dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info dan gambar asal Mstar Online.

 
Written by AbangNara | November 14th, 2012

Jodoh dan maut sememangnya ditentukan olehNya. SelepasĀ bertunang minggu lalu, Anne dan Mohd Sumali Reduan merancang untuk bernikah pada 22 Disember ini. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Anne berharap agar perkahwinan kali kedua ini adalah perkahwinannya yang terakhir.

anne kahwin
Abang Nara pun berdoa agar Anne dan Sumali akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Bagi Anne, Sumali hadir pada waktu yang tepat. Kata Anne:-

Dia hadir pada waktu yang tepat dan kami saling melengkapi. Segala-galanya sudah dirancang Tuhan. Saya menginginkan pasangan yang mampu menyempurnakan hidup saya dan anak. Saya ingin membina keluarga sakinah yang menjadi idaman setiap suami isteri.


Sementara itu Sumali yang merupakan Setiausaha Kerja Pemuda Umno menafikan yang dirinya menjadi punca perpisahan hubungan Anne dan Aliff Aziz. Agak menarik juga kisah percintaan mereka berdua. Kata Sumali:-

Mula-mula, saya tiada perasaan terpaut kepadanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya. Saya akui saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula tiga anak.

Apa pun, semoga perancangan Anne dan Sumali akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan yang bakal berlangsung. Semoga keluarga sakinah yang diimpikan akan dapat dicapai.