Written by AbangNara | January 4th, 2013

Salah seorang selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung pada tahun 2012 ialah Nurul Syuhada Nurul Ain. Tahun 2012 juga menyaksikan Nurul Syuhada berhenti daripada tugasnya di TV3 untuk memfokuskan kepada pembelajaran.

nurul syuhada

Tahun 2013 dibuka dengan wajah cantiknya menghiasi muka depan majalah Hijabista. Abang Nara suka sangat-sangat cover ini. Memang awesome. Kepada Nurul Syuhada, semoga impian dan azam anda pada tahun 2013 akan tercapai.

P.S: Jersi rasmi pasukan bola sepak Kelantan untuk tahun 2013.

Written by AbangNara | March 17th, 2011

nurul syuhada fazura

Kalau diberi pilihan antara Fazura dan Nurul Syuhada, Abang Nara akan terkedu dan tak tahu nak pilih mana satu. Kedua-duanya cantik, comel dan elegan. Sukar nak buat pilihan. Tapi dengar dengar ceritanya Nurul Syuhada akan berkahwin tak lama lagi. Tunggu masa sahaja nak buat pengumuman pasal tarikh kahwinnya kepada media. So terpaksalah Abang Nara pilih Fazura (gurau-gurau je nie korang jangan serius pulak).

Baru-baru ini Fazura dan Nurul Syuhada telah berada di majlis 125 tahun produk Avon. Suka sangat dengan cara pemakaian Fazura sekarang. Elegan. Nurul Syuhada pun apa kurangnya. Nampak sangat-sangat profesional. Tak perlu nak pakai belah sana belah sini tapi still maintain cantik.

Kalau anda pengguna Avon, mungkin anda nak LIKE Facebook Avon Malaysia untuk mengetahui perkembangan terbaru produk mereka. Lagi gambar Nurul Syuhada dan Fazura dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RunWitMe.

 
Written by AbangNara | August 25th, 2009

Terkejut jugak kami bila dengar gosip panas tentang tamatnya percintaan Nurul Syuhada dengan Mejar Faiz, angkasawan negara. Khabarnya diorang berdua nie putus. Hasrat nak membina masjid akhirnya tak kesampaian. Katanya sepatutnya Nurul Syuhada dan Mejar Faiz bertunang 4 Julai yang lepas, tapi dibatalkan dengan alasan Nurul Syuhada tak bersedia lagi. Masih muda dan terlalu awal katanya.

Kesian gile kat Mejar Faiz. Almaklumlah satu Malaysia dah tau dia ngan Nurul Syuhada bercinta. Siap canang dalam suratkhabar lagi. Tambah sedih sebab dengar ceritanya Mejar Faiz siap dah tempah dewan kat Putrajaya, siap dah beli cincin Diamond Solitaire RM10 ribu ngan siap dah tempah Pak Engku sebagai wedding planner. Hancurlah segala planningnya.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, mesti Mejar Faiz kecewa sebab dengarnya Nurul Syuhada dah ada pengganti. Namanya Raja Amir. Budak Hartamas. Anak orang-orang kaya nie. Raja Amir nie study lagi kat Unicef. Hari tue masa dinner Unicef siap tayang Nurul lagi kat member-member dia. Panas jer member-member ushar.

Betul atau tidak gosip ini, hanya Mejar Faiz, Nurul Syuhada dan Raja Amir jer yang tau. Kita nantikan 2, 3 hari lagi. Confirm akan ada kenyataan daripada salah seorang. Tunggu ~~

Written by AbangNara | May 28th, 2009

nurul syuhada nurul ain

Patutla Mejar Faiz tak sabar nak kawin dengan Nurul Syuhada Nurul Ain nie. Manja tue posing dia. Awak nampak pinklah. Hehehe.