Written by AbangNara | December 12th, 2013

“Wedding of the year” gelaran diberi, Rozita dan Zain tampak berseri, semoga perkahwinan kekal abadi, hingga ke syurga bersama nanti. Amboi, hebat juga Abang Nara berpantun kan? Hehehe. Ada sesiapa yang berani nak jawab? Secara ikhlas, memang nampak gah, meriah dan cantik sangat majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah berlangsung semalam. Perhiasan yang digunakan memang first class sangat!!!

gambar perkahwinan rozita che wan

Apa pun yang penting kedua-duanya telah sah menjadi suami isteri. Semoga selepas ini, Zain dan Che Ta hidup bahagia sebagai pasangan pengantin tanpa diselubungi sebarang gosip lagi. Zain pasti teruja dapat bergelar suami kepada Che Ta. Semoga kehidupan pasangan ini dirahmati olehNya.

gambar perkahwinan rozita che wan

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram AnnasEaskey, AyuRaudhah dan dunia Internet.

 
Written by AbangNara | December 11th, 2013

Fuh~~ Kalau tak tahu, Abang Nara mesti dah ingat ini ialah majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Grand gila kot majlis berinai mereka. Siap dengan pelamin, persalinan baju dan perhiasan yang super cantik. Kagum Abang Nara melihatnya. Memang rezeki mereka berdua dapat menganjurkan majlis sehebat ini.

gambar berinai che ta dan zain saidin

Bakal dinikahkan hari ini, Che Ta dan Zain nampak segak, kacak, cantik dan menawan di majlis malam berinai milik mereka. Turut hadir ialah ahli keluarga terapat seperti Ayu Raudhah, Mazlan Pet Pet dan anak-anak Che Ta. Tak sabar Abang Nara nak menunggu majlis pernikahan pulak. Mesti lagi super duper grand punya.

gambar berinai che ta dan zain saidin

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis malam berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram MediaHiburan.

gambar berinai che ta dan zain saidin

P.S: Kalau tak dapat anjurkan majlis sehebat Che Ta dan Zain, sekurang-kurangnya photographer kenalah yang bermutu tinggi untuk mengabadikan hari bersejarah anda. Abang Nara cadangkan korang gunakan khidmat Ryaniez Moments Photography. Banyak nama besar seperti Fasha Sandha, Beego dan ramai lagi yang 100% puas hati dengan hasil tangan mereka. LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography atau WhatsApp sahaja nombor di atas untuk pertanyaan.

 
Written by AbangNara | December 9th, 2013

Rabu ini, Rozita Che Wan bakal dinikahkan dengan Zain Saidin. Dengan jumlah perbelanjaan termasuk penaja mencecah RM13 juta, perkahwinan Che Ta dan Zain digelar sebagai “Wedding of the Year” oleh orang ramai. Jumlah belanja yang tinggi menimbulkan cakap-cakap belakang daripada orang ramai sehinggakan ada tokoh-tokoh agama yang turut masuk campur dengan memberikan pendapat mereka sendiri.
che taSecara jujur, kalau Abang Nara jadi Che Ta pun, pasti dengan hati terbuka akan menerima tajaan yang datang kepada diri ini. Orang nak taja, takkanlah kita nak tolak kan? Itu namanya rezeki datang bergolek. Lagipun Che Ta adalah nama besar dalam dunia hiburan. Jadi tak hairanlah banyak pihak nak menaja. Kata Che Ta kepada Pancaindera semalam:-

Kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya. Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderamata dan solekan.

che ta

Memberikan maklumbalas mengenai kata-kata tokoh agama yang menasihatkan supaya bersederhana menganjurkan majlis perkahwinan kerana bimbang terambil hak orang lain misalnya orang miskin yang tidak diundang untuk menikmati jamuan di majlis berkenaan, Che Ta berkata:-

Saya tak kejar pun gelaran Wedding of the Year itu. Langsung tidak ada, sebab pada peringkat awal saya mahu majlis perkahwinan secara ringkas. Majlis nikah kecil-kecilan pun tak mengapa.

Saya bayar zakat pendapatan setiap tahun. Saya bagi kepada orang yang berhak, seperti anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Saya buat pada bulan Ramadan sebab nak keberkatan bulan itu. Takkanlah setiap kebaikan yang kita buat itu perlu dihebahkan? Sebab itu saya yakin tiada yang telah teraniaya sewaktu majlis saya berlangsung.

Apa pun, Abang Nara paling suka dengan ayat di bawah ini yang dilontarkan oleh Rozita Che Wan. Memang patut ia menjadi panduan buat orang ramai terutama yang berstatus selebriti di Malaysia ini.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Kita jangan terlalu ambil hati atas apa yang orang cakap pada kita. Nanti kita yang susah hati

che ta

Kalau ikut cakap orang, sampai bila-bila pun Che Ta takkan berkahwin agaknya. Yang penting, hati kita sendiri gembira dengan apa yang kita lakukan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala persiapan perkahwinan Che Ta dan Zain berjalan dengan lancar. Tak sabar nak melihat keanggunan Che Ta di hari pernikahannya Rabu. Pasti memukau!!!

Written by AbangNara | November 15th, 2013

Wow. RM200,000. Memang satu angka yang banyak. Pasti majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan akan super-super-super grand punya. Fuh ~~~ Confirm jadi wedding of the year. Kahwin pun bukannya buat selalu, jadi kalau ada duit lebih, apa salahnya berbelanja sakan untuk majlis sendiri. Tak gitu?

rozita and zain

Namun Abang Nara agak pelik apabila Zain memaklumkan bahawa tarikh dan lokasi belum lagi dapat dipastikan. Bukan apa, time Abang Nara kahwin dulu, wife Abang Nara buat majlis kat dewan. Nak buat tempahan dewan kena setahun sebelum. Mungkin selebriti-selebriti ada kelebihan atau cara mereka sendiri. Kata Zain kepada Sinar Harian:-

Saya dan Rozita sudah belanja lebih RM200,000 untuk majlis kami ini. Setakat ini, saya dan dia mengeluarkan RM100,000 setiap seorang. Kami masih tidak dapat tarikh dan lokasi yang sesuai lagi, sebab sekarang, musim cuti sekolah.

Jadi kebanyakan keluarga dan kawan-kawan kami bercuti ke luar negara, jadi ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke majlis perkahwinan kami. Kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar supaya tempat itu mampu menampung lebih ramai orang yang datang ke majlis kami

zainPada pandangan Abang Nara, mungkin Zain dan Che Ta sudah ada tarikh dan tempat tetapi masih mahu merahsiakannya. Tak apa, kita tunggu sidang media pengumuman mereka. Pasti tempatnya “grand” sangat-sangat. Diharap Zain jangan lupa jemput Abang Nara. Bolehlah Abang Nara merasai kemeriahan majlis perkahwinan yang dinanti ramai ini.

rozitaP.S: Terbaru!!!De’ countour adalah penyelesaian kepada masalah berat badan, kulit bermasalah, keguguran rambut. Marine kolagen adalah jawapannya. Mampu bertindak sebagai suppliment kesihatan yang terbaik pada masa yang sama. Ramai yang telah berjaya. Jom cuba hari ini, dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com