Written by Bella | August 26th, 2016

Semalam, ada sumber mengatakan pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally bakal berkahwin pada 10 September depan di Kota Kinabalu, Sabah dan majlis bertandang pula akan diadakan di kediaman keluarga Nazim di Johor Bahru pada 17 September.

Berita berkenaan mencetuskan pelbagai soalan dan tanda tanya dikalangan peminat yang ingin mengetahui adakah benar Nazim akan bergelar suami pada tarikh berkenaan.

Nazim ketika dihubungi akhbar Harian Metro bagaimanapun enggan mengesahkan berita tersebut dan meminta diberikan sedikit ruang untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalamm masa terdekat.

Insya-Allah saya akan kongsikan perkara ini dalam masa terdekat. Jika ada pihak yang sudah menerima kad jemputan perkahwinan saya sudah tentu tahu perkara ini.

Nazim turut menafikan majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan penuh daripada beberapa pihak.

Apa-apa pun kami mengharapkan segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.  Kalau sudah ada tarikh kongsikan sahaja, lagipun peminat hanya ingin mendoakan yang terbaik buat anda berdua. Betul tak?

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | August 25th, 2016

Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti pengumuman daripada Nazim Othman tentang majlis pernikahannya dengan Bella Dally. Berdasarkan sumber, pasangan sama cantik sama padan ini dilaporkan bakal bernikah pada 10 September ini di Kota Kinabalu, Sabah. Seterusnya majlis persandingan pengantin perempuan akan berlangsung pada hari yang sama. Kemudiannya majlis di sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 17 September di Johor Bahru.

Khabarnya, Nazim dan Bella yang baru-baru ini mengadakan sesi fotografi praperkahwinan di sebuah lokasi, sedang mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada sanak-saudara dan kenalan. Nazim melamar Bella pada 26 Oktober lalu ketika mereka menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi. Pada 14 November lalu, Nazim menghantar rombongan meminang Bella di Kota Kinabalu.
nazim othmanSemoga majlis perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally akan berjalan lancar. Tak sabar nak melihat mereka berdua bersanding di atas pelamin. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.