Alang-alang sudah bercerita mengenai Neelofa di bawah, apa kata Abang Nara sambung sedikit mengenai Neelofa dan ABPBH2012. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa atas kegagalan Neelofa merangkul sebarang anugerah walaupun tercalon sehingga 4 kategori.

Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-
Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-
Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.

Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh. Kepada Neelofa, teruskan usaha anda. Tingkatkan lagi mutu lakonan dan pengacaraan. Moga suatu hari nanti bakat anda akan diakui orang ramai.

Susulan kenyataan Hans Isaac yang menyatakan sanggup menunggu Lofa sehingga 3 tahun lagi, Neelofa mengakui terharu dengan ke”sweet“an kenyataan tersebut. Kata Lofa kepada
Untuk anda yang tidak tahu, ibu Neelofa telah pun merestui perhubungan anaknya bersama Hans Isaac. Mungkinkah kita akan melihat pasangan ini mendirikan rumah tangga satu hari nanti? Neelofa pun masih muda dan masih mengejar kerjayanya. Kalau ada jodoh, pasti tak ke mana kan? Hans kenalah bersabar sedikit untuk menjadikan Neelofa isterinya yang sah. Tak gitu?
P.S: Bedak Arab Kokuryu 25 gram kini dijual dengan harga JAUH LEBIH MURAH daripada harga pasaran hanya di CantikNara. Hanya RM38 termasuk penghantaran sahaja. Beratus-ratus tempahan telah kami hantarkan. Anda tak teringin untuk mencuba? Hanya perlu PM kami di 




