Written by AbangNara | May 26th, 2015

Pergh!!! Bukan mudah rupanya nak dapatkan badan sado. Baru Abang Nara teringin nak cuba buat six packs macam Zul Ariffin, Norman Hakim dan terbaru Nabil Ahmad. Nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan buat sementara. Bukan sahaja dari segi keringat yang perlu diperah, mendengar Nabil membelanjakan RM22,000 dalam tempoh 2 bulan untuk mendapatkan badan sasa, hasrat Abang Nara terbantut begitu sahaja. Banyak tue RM22,000. Diri ini belum mampu untuk membelanjakan wang sebanyak itu untuk kelihatan sado.
nabilsadoNamun untuk Nabil RM22,000 yang dibelanjakan adalah satu pelaburan yang amat berbaloi. Iyerlah kalau Abang Nara selebriti macam Nabil pun, memang sanggup buat apa sahaja untuk meingkatkan kualiti bentuk badan. Sihat pun sihat juga. Badan makin mantap Insya Allah job pun makin banyak. Tak gitu? Kata Nabil:-

Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu. Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu.

Nampak besar jumlahnya (RM22,000)tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg. Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan. Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini.

nabilsadoAbang Nara pun kalau dapat badan macam Nabil memang akan gembira dan puas hati sangat-sangat. Mesti rasa lebih ringan, bertenaga dan sihat. Insya Allah nanti ada masa lepas lahir anak ketiga nak fokus jaga kesihatan pulak. Taknaklah muda-muda perut dah buncit ke depan. Apa pun pesanan Abang Nara kepada Nabil, sila jangan skip leg day. Atas dah sado tiba-tiba bawah keding. Tak smart. Hehehe. Sumber Mstar Online.nabilsado

P.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian dan FREE POSTAGE bagi order RM150 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan website IzieFashion, Facebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^