Written by AbangNara | September 28th, 2017

Kehadiran pelakon cilik Mia Sara di Festival Filem Malaysia yang ke 29 baru-baru ini sememangnya mencuri perhatian ramai. Dah besar dah Mia Sara rupanya. Teringat dulu-dulu kecil comel je. Sekarang ini Mia Sara sudah meningkat dewasa dan semakin matang dalam penampilan. Namun begitu, gayanya di FFM29 telah dikritik oleh netizen kerana dikatakan memakai tudung singkat dan baju yang agak ketat.
mia saraSecara jujurnya Abang Nara nampak cantik, manis dan sopan je Mia Sara di FFM29. Tak adalah terdedah-dedah macam segelintir artis wanita lain. Lagipun dia masih budak-budak, apalah yang mencolok mata sangat. Namun biasalah bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Namun ayah Mia Sara mengambil langkah untuk  memohon maaf atas pakaian anaknya itu. Katanya:-

Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas.

Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum. Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu.

Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja.

mia saraAbang Nara respek dengan keterbukaan ayah Mia Sara kerana memohon maaf walaupun bagi Abang Nara ia bukanlah isu besar. Namun keprihatinan para netizen juga harus dipuji. Kritik itu tandanya sayang. Mungkin mereka tidak mahu melihat Mia Sara tersasar daripada jalan yang lurus. Semoga para netizen yang suka mengkritik itu pun tidak hanya menegur para selebriti, sebaliknya turut menegur kaum keluarga. Jangan sekadar hanya berani menjadi keyboard warrior. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 18th, 2012

Bersempena dengan perayaan pembukaan kedai keseratusnya di Malaysia, pakar penghantaran piza utama dunia mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempenya, ‘100,000 Meals-for-the-Needy’. Pengumuman tersebut telah dikongsi bersama pada Majlis Iftar anjuran pelakon cilik Mia Sara Nasuha baru-baru ini, dimana Domino’s Pizza Malaysia telah bekerjasama menaja majlis tersebut.

mia

Mengikut kajian, hampir 5% daripada rakyat Malaysia tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Menyedari hakikat itu, Domino’s Pizza Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini melalui salah satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ dengan menganjurkan program ‘Membungkus Makanan’ pada 13 Oktober 2012. Melalui program ini, seribu bungkus makanan bernilai RM 100,000.00 akan disediakan dan dibungkus dengan bantuan 240 orang sukarelawan.
mia
Makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan tidak berumah dan juga keluarga-keluarga miskin yang menghadapi kebuluran di seluruh Malaysia. Kandungan bungkus makanan ini mengandungi makanan ruji yang boleh bertahan selama tiga tahun dan antaranya adalah beras, tepung, sayuran campuran dehidrasi dan pek vitamin.
mia
Bermula dari 6 Ogos hingga 12 Oktober 2012, para pelanggan Domino’s Pizza boleh menyertai pemacu program menangani masalah kebuluran ini dengan hanya membeli pizza kegemaran mereka. Dengan setiap pesanan, Domino’s akan menyumbangkan RM 0.10 untuk menjayakan program 100,000 Meals-for-the-Needy tanpa sebarang kos kepada pelanggan mereka.
mia
Hasfahlinda Hassan, Pengurus Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura turut hadir di Majlis Iftar adik Mia Sara Nasuha untuk memberi penjelasan kepada tetamu tentang program 100,000 Meals-for-the-Needy yang juga merupakan program CSR terbaru dan terbesar Domino’s.

Antara selebriti tempatan yang turut hadir di majlis tersebut ialah penyanyi Kaka Azraff dan pelakon remaja Elfira & Ezlisa Loy. Turut sama memberi sokongan untuk program 100,000 Meals-for-the-Needy ialah Lisa Surihani dan Fizo Omar.

Written by AbangNara | January 27th, 2012

Alololo comelnya 2 orang budak ini. Geram pulak Abang Nara dibuatnya. Tak perlu dibuat perbandingan mana satu yang lebih comel kerana kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Bagi Abang Nara, Nur Aisyah bukannya pesaing Mia Sara kerana Nur Aisyah lebih kepada menjadi model pakaian kanak-kanak berbanding lakonan.

aisyah mia sara

Tomei kan? Lama jugaklah Abang Nara merenung kedua-dua budak ini sambil berdoa anak Abang Nara nanti pun akan comel jugak. Lagi beberapa keping gambar mereka berdua untuk tatapan anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 26th, 2010

gambar red carpet ffm23

Akhirnya kami berjaya mengambil gambar di Red Carpet malam Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) daripada Budiey dan Mstar untuk tatapan anda semua. Pemenang pakaian terbaik pada malam tersebut ialah milik Vanida Imran dan Shah Jaszle. Tapi kami tengok Mia Sara jugak  yang paling comel malam tersebut. Kalah Lisa Surihani. Hehehe.

Lagi 26 keping gambar di red carpet FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.