Written by AbangNara | June 21st, 2012

Akhirnya menerusi suratkhabar Kosmo hari ini, Shah Jaszle atau mahu dikenali dengan Shahrizal mengakui akan masuk merisik kekasih hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai kelak. Untuk makluman, sebelum ini Abang Nara ada menulis entri berkaitan hal ini selepas Shah Jaszle mengupload gambar di bawah menerusi Instagramnya.

shah jaszle

Shah Jaszle dan Redzwani Puteri pada mulanya hanya berkawan biasa sahaja. Namun kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana. Daripada kawan biasa, hubungan mereka berdua bertukar menjadi kawan rapat dan seterusnya menjadi pasangan kekasih pada awal tahun ini. Apabila ditanya adakah dengan berlangsungnya majlis merisik ini akan menutup segala gosip percintaannya dengan Neelofa dan Miera Liyana, Shah Jaszle menjawab:-

Saya sudah mengenali Redzwani untuk tempoh yang agak lama dan sepanjang tempoh itu, hanya dia berada dalam hati saya. Jadi, apa yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah gosip semata-mata.

shah jaszle

Romantik juga Shah Jaszle ini rupanya. Abang Nara doakan agar majlis merisik kelak akan berjalan dengan lancar. Semoga perancangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri ke arah mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan. Pasti ramai yang tak sabar untuk melihat pelakon kacak ini bersanding di atas pelamin kelak.

Written by AbangNara | June 18th, 2012

Walaupun mahu orang ramai memanggilnya dengan nama Shahrizal, Abang Nara tetap rasa nama Shah Jaszle lebih komersil dan sedap didengar. Sekian lama sepi daripada kontroversi, hari ini menerusi Twitternya, Shah Jaszle telah berkongsi sekeping gambar yang diambil menggunakan Instagram.

shah jaszle risik

Berdasarkan ayat-ayat di dalam gambar ini, tarikh 15 Julai yang dibulatkan akan menjadi hari Shah Jaszle masuk merisik kekasih hatinya. Beserta dengan gambar ini, Shah Jaszle telah pun me”mention” nama Redzwani Puteri. Untuk makluman, Abang Nara pernah menulis tentang Redzwani Puteri yang dikatakan kekasih baru Shah Jaszle selepas putus dengan Miera Liyana. Boleh baca entri tersebut di sini.

shah jaszle risik

Jika benar apa yang ditulis dan dikongsi oleh Shah Jaszle ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Umur kita pun bukannya semakin muda. Satu hari nanti, pasti akan mendirikan rumah tangga bersama orang yang tercinta. Lagi cepat lagilah bagus kan? Moga-moga segala perancangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri akan berjalan dengan lancar.