Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Lisa Surihani, Hanya Engkau Yang Menjadi Pujaan Hati Kami

Wednesday, March 10th, 2010

galeri gambar lisa surihani

Sampai hati anda semua cakap Abang Nara tak teguh pendirian. Kejap suka Scha la, kejap suka Diana Danielle la, kejap suka Lisa Surihani la. Yang tak tahan siap ada cakap Abang Nara suka kat Nek Jah. Memang tak patut. Sedih tau hati ini. Abang Nara pun ada hati dan perasaan.

Kan Abang Nara dah cakap, artis pujaan untuk tahun 2009 ialah Scha Al Yahya. Tahun 2010 nie dah tukar menjadi hak milik Lisa Surihani. Tahun depan mungkin tahun Diana Danielle. Tahun 2012 mungkin baru Nek Jah yang bakal menjadi pujaan hati.

Cubalah korang bayangkan macam mana la Abang Nara tak cair tengok kecomelan, kecunnan dan keanggunan Lisa kat atas tue. Entah-entah ayah Abang Nara pun boleh tercair kalau dia join tengok sekali. Dengan renungan manja dari anak mata dia tue, memang kadang-kadang Abang Nara tak tidur malam dibuatnya.

Kalau korang nak tau kenapa Lisa Surihani menjadi pujaan hati (bukan lubang hidung) Abang Nara untuk 2010, korang kena hayati gambar-gambar Lisa Surihani yang Abang Nara curik dari Facebook dia. Memang mampu mencairkan hati lelaki-lelaki kental di luar sana.

Lagi gambar-gambar Lisa Surihani dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sori entri kali ini terasa macam terluah perasaan cinta kepada Lisa Surihani plak. Sila jangan muntah.

P.P.S: Kepada buah hati Abang Nara, hanya engkau yang ku cintai. Lisa pun tak boleh menandingi dirimu.

(more…)

Filem V3 Samseng Jalanan, Lisa Surihani Beraksi Ganas!!!

Monday, March 8th, 2010

filem v3 samseng jalanan

Perghhhh ~~ Cuba korang tengok betul-betul poster filem V3 Samseng Jalanan nie. Nampak tak muka awek kesayangan Abang Nara si Lisa Surihani tue? Ganas betul renungan mata dia tue. Tajam menikam ke kalbu. Walaupun ganas, tapi tetap mencairkan jiwa raga Abang Nara. Hehehe.

Walaupun awal-awal dulu Farid Kamil ada buat kenyataan kontroversi kononnya filem Adnan Sempit tiru filem V3 Samseng Jalanan dia nie, kami rasa dari poster yang mantap nie pun kami tau dah cerita dia tak ada kaitan ngan Adnan Sempit langsung. Berdasarkan preview, rasanya V3 Samseng Jalanan nie macam cerita Fast and Furious. Tapi nie version kat Malaysia punya la.

Abang Nara tak kisah pun jalan cerita dia macam mana. Yang penting kekasih hati si Lisa tue ada dalam tue. Kompem first day opening nanti akan kami pacakkan diri untuk menonton filem nie. Demi buah hati yang tercinta. Korang pun wajib tengok jugak. Nanti kita leh komen beramai-ramai pasal Lisa Surihani.

P.S: Apa pendapat korang pasal mutu poster filem V3 Samseng Jalanan nie? Ok ke Ko?

(GAMBAR)Artis Malaysia Di Malam Bersama Bintang FINAS

Tuesday, February 2nd, 2010

lisa surihani

Sebenarnya kami letak gambar-gambar artis Malaysia semasa malam bersama bintang FINAS nie sebab ada Lisa Surihani je. Super duper cute dia nie. Ayu semacam je. Renungan mata Lisa memang mencairkan. Menusuk tajam ke dalam jiwa raga kami. Ternyata kami tewas dengan renungan dia.

Ada gak gambar Melisa Saila yang tetap maintain macam umur 20-an. Serius muka dia tak berubah langsung. Sebijik macam dulu. Kalau tak caya korang kena tengok gambar dia dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan CuteCarry.

(more…)

(GAMBAR)Lisa Surihani Dan Facebooknya

Friday, January 15th, 2010

gambar lisa surihani

Disebabkan kekurangan gosip-gosip di hari Jumaat ini, maka kami sajikan kepada anda gambar-gambar Lisa Surihani. Kami rasa ini gambar-gambar terbaru si comel nie. Semuanya kami cilok dari Facebook Lisa Surihani (sila tekan untuk add dia).

Tahukah anda ciri-ciri lelaki idaman Lisa Surihani ialah kemas dan tinggi? Kalau rasa-rasa diri anda memenuhi ciri-ciri tue, silalah cuba nasib untuk mengorat dia. Ke si Lisa nie sebenarnya dah ada pakwe?

Lagi gambar Lisa Surihani dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Tengok Muka Farid Kamil Ngan Que Haidar Mesti Teringat Filem Papadom

Friday, October 23rd, 2009

farid kamil

Akibat tergelak kuat tak hingat di dalam bilik sorang-sorang, kami telah di”sound” oleh emak kami. Terpaksalah slowkan volume ketawa sambil refresh balik babak-babak Que Haidar dan Farid Kamil dalam filem Papadom. Serius lawak gila mamat 2 orang nie, lebih-lebih Que Haidar dengan muka skema tak ingat dia. Sila pergi tengok filem Papadom yang dah kutip RM2.4 juta kalau anda tak faham apa yang kami tengah cerita nie. Kalau nak baca review filem Papadom daripada kami, sila klik sini.

Tapi gambar-gambar Farid Kamil, Que Haidar, Lisa Surihani, Siti Saida dan ramai lagi nie bukannya diambil bersempena pelancaran filem Papadom. Lisa Surihani tak berlakon pun dalam cerita Papadom. Gambar-gambar nie semuanya diambil sempena Majlis Rumah Terbuka AstroLife yang meraikan pelanggan-pelanggan Astro Mustika.

Ok dengan jujurnya kami akui kami tak langgan Astro Mustika nie. Tapi jangan terkejut plak yang dah seramai 355,000 orang yang langgan pakej Mustika nie. Macam tak percaya kan? Mungkin sebab harga dia yang murah kot. RM12.95 je sebulan lepas tue boleh dapat 3 channel. Astro CITRA (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (saluran 133).

Lagi gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka Astrolife dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Apa khabar agaknya Linda Jasmine yang tengah sarat mengandung? Rasanya due date dia dah sampai dah kalau tak silap kami. Dah terkeluar ke anak dia ?

(more…)