Written by AbangNara | October 26th, 2010

gambar kekasih baru hattan

Kami memang suka gila dengan Hattan. Dulu zaman sekolah memang lagu-lagu dia menjadi pujaan kami. Rendang tak berbuah,mahligai syahdu dan banyak lagi lah. Memang best gila semua lagu dia. Respek gila kami dengan suara Hattan. Tapi selepas melihat gambar kekasih baru Hattan di malam Konsert P. Ramlee baru-baru ini, bertambah respek kami dengan brother ini.

Cadangan kami kepada Hattan, sila buka kelas teknik mengorat awek cun untuk mereka-mereka yang berkepala botak. Mesti ada skill tersendiri yang digunakan oleh Hattan sehingga awek cun ini cair di pangkuan Hattan. Kami respek sama lu bro. Memang hebat dan gagah perkasa sungguh.

Nantikan entri kami tentang malam Konsert Mengenang P. Ramlee anjuran Astro esok. Terima kasih kepada Redmummy untuk gambar Hattan dan kekasihnya ini.