Written by AbangNara | August 15th, 2012

Lama tidak mendengar cerita terbaru tentang Nik Sayyidah Fatiha Yazib atau nama glemernya Mek. Menerusi Harian Metro semalam, Mek membuat pengakuan yang dia sudah pun bercerai dan berkahwin buat kali kedua. Perkahwinannya kali kedua ialah sebagai isteri kedua kepada seorang ahli perniagaaan.

mek nik

Mek yang telah bercerai dengan suaminya pada awal tahun lepas telah berkenalan dengan suami barunya sekitar April dan membuat keputusan untuk bernikah sebulan selepas itu. Walaupun majlis perkahwinan tidak dilangsungkan secara meriah, Mek menyifatkan perkahwinan keduanya ini bukanlah rahsia.

mek bermadu

Tahniah kepada Mek atas perkahwinan terbarunya ini. Semoga perkahwinan anda kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apa pun Abang Nara ucapkan selamat berhari raya dengan suami baru. Semoga kebahagiaan terus menjadi milik anda.

serunding

P.S: Final call untuk serunding Nara yang penuh dengan kelazatan. Hanya tinggal beberapa kilogram terakhir untuk anda memilikinya sebelum hari raya yang bakal tiba. Pastinya tetamu di pagi raya anda akan lebih berselera menjamah rendang di samping serunding special ini. Email ke lorongsetia8@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan.

Written by AbangNara | March 25th, 2009

gambar kawin mek nik sayyidah fatiha

Jutaan ucapan tahniah kami ucapkan Nik Sayyidah Fatiha ataupun lebih femes dengan nama Mek kerana telah bergelar isteri orang. Dari gambar-gambar majlis kahwin Mek, kami tak dapat bayangkan betapa gembiranya Mek di hari pernikahannya.

Sebenarnya kagum sangat dengan Mek kerana berjaya kuruskan badan dengan banyak dan pantas. Harap-harap lepas ini still maintain body walaupun dah bergelar isteri orang.

Tahniah sekali lagi dari kami di Beautifulnara untuk Mek. Lagi gambar majlis persandingan Nik Sayyidah Fatiha @ Mek dengan membaca artikel ini sepenuhnya.