Written by AbangNara | February 2nd, 2013

Kira-kira jam 10 pagi tadi, Liyana Jasmay telah pun sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan 2 kali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Hotel Seri Pasific dan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak pengantin.
liyana jasmayLiyana Jasmay menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. Rombongan pengantin lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Liyana Jasmay telah mengenakan persalinan pengantin rekaan Jovian Mandagie.
liyana jasmayJutaan tahniah diucapkan kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin atas pernikahan ini. Semoga perkahwinan anda berdua kekal bahagia sehingga ke syurga. 3 lagi gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info asal Mstar Online.

 
Written by AbangNara | January 30th, 2013

Lupakan sementara kontroversi yang melanda Liyana Jasmay dan Saiful Nang tentang gambar pra perkahwinan. Abang Nara ingin melahirkan rasa hormat kepada Liyana Jasmay kerana enggan menerima sebarang tajaan untuk hari perkahwinannya yang bakal berlangsung Sabtu ini.

liyana jasmay kahwin

Abang Nara pasti banyak pihak yang tampil untuk menaja perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin. Dan pastinya bukan senang untuk menolak. Namun Liyana Jasmay menolak kesemuanya kerana ingin merasa sendiri kepayahan merancang hari bahagianya. Kata Liyana Jasmay kepada Utusan Malaysia:-

Memang ramai yang menyatakan hasrat untuk menaja perkahwinan kami. Ada yang nak taja baju, lokasi, pelamin, bunga dan macam-macam. Tapi semua saya tolak. Saya tak mahu terikat dengan mereka. Kalau boleh biarlah saya rasa sendiri macam mana perit nak buat itu ini. Situasi-situasi macam ini bukan senang nak dapat. Biarlah saya keluarkan duit sendiri untuk buat semua (persiapan perkahwinan). Mujur ada kakak saya yang memang sudah berpengalaman sebelum ini. Dia banyak bantu dan urus segalanya.

liyana jasmay

Abang Nara memang respek gila dengan Liyana Jasmay apabila mengetahui tentang hal ini. Kalau nak ikutkan status dirinya sebagai selebriti, tentu Liyana Jasmay boleh berkahwin dengan pengeluaran kos yang minimum sekiranya menerima tajaan. Apa pun, tak sabar rasanya untuk melihat keanggunan Liyana Jasmay memakai baju pengantin rekaan Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini di hari bahagianya Sabtu ini.

P.S: Sabtu lepas Abang Nara telah terlibat dengan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 sebagai ahli panel. Memang menarik aktiviti yang dijalankan oleh DenaiHati selaku penganjur. Siap ada hadiah iPhone lagi. Tahniah dan terima kasih sekali atas jemputan daripada pihak penganjur.

Written by AbangNara | January 9th, 2013

Perkahwinan selebriti-selebriti Malaysia pada tahun 2013 nampaknya bakal dimulakan oleh Liyana Jasmay dan pasangannya, Fathudin Mazlan. Kad kahwin ke majlis yang bakal berlangsung pada 2 Februari 2013 itu kini sudah mula diedarkan kepada mereka yang terpilih.

kad kahwin liyana jasmay

Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan bakal diijabkabulkan pada pagi 2 Februari dan majlis persandingan akan dilangsungkan pada malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sementara itu majlis di pihak lelaki pula akan berjalan pada 9 Februari Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

kad kahwin liyana jasmay

Tidak sampai sebulan lagi Liyana Jasmay akan bergelar isteri orang. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Pasti hati Liyana Jasmay sedang berdebar-debar sekarang ini. Sama-samalah kita doakan agar majlis mereka akan berlangsung dengan sempurna. Info Fariza Saidin.

Written by AbangNara | March 29th, 2012

Memang seperti pinang dibelah dua sungguh pasangan berdarah manis ini. Sama kacak sama cantik. Majlis pun nampak sangat meriah sekali. Tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan kepada Liyana Jasmay yang kini telah selamat menjadi tunangan kepada Fathuddin Mazlan.

gambar majlis pertunangan liyana jasmay

Lagi 24 keping gambar sekitar majlis pertunangan Liyana Jasmay dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.