Written by AbangNara | July 5th, 2012

Abang Nara janji ini ialah entri terakhir majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Redza untuk minggu ini. Kalau tak silap Abang Nara, hujung minggu ini akan diadakan majlis resepsi di sebelah pihak pengantin lelaki. Kalau ada gambar-gambar yang menarik ketika itu akan Abang Nara uploadkan.

wedding irma hasmie

Daripada komen-komen anda semua, Abang Nara rasa inilah wedding of the year untuk pembaca BeautifulNara. Anda semua ternyata menyukai perkahwinan yang dijalankan secara penuh Islamik ini. Kalau anda masih belum berkahwin, mungkin boleh mencontohi majlis perkahwinan Irma untuk hari bahagia anda nanti.

wedding irma hasmie

Lagi 18 keping gambar majlis perkahwinan Irma dan Redza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada The Kliker – jurugambar rasmi majlis perkahwinan Irma Hasmie.

 
Written by AbangNara | July 2nd, 2012

Abang Nara nak kongsi seberapa banyak gambar yang boleh untuk majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah ini. Kalau korang tak suka, Abang Nara peduli apa. Abang Nara suka sangat dengan pasangan mempelai baru ini. Sejuk mata memandang pengantin yang nampak sangat berseri di malam bahagia mereka.

gambar persandingan irma dan redza

Semoga Irma dan Redza akan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Tak sabar pulak Abang Nara nak tengok anak mereka berdua. Pasti cute mute macam mak ayahnya. 14 lagi gambar sekitar persandingan Irma Hasmie dan Redza Syah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | June 21st, 2012

1 Julai ini, Irma Hasmie akan bergelar isteri kepada Reza Syah Azmeer. Abang Nara lihat seri pengantin makin jelas terserlah di wajah Irma Hasmie yang menghiasi muka depan majalah Pesona Pengantin. Semoga segala persiapan Irma Hasmie untuk menempuh hari bahagia ini sedang berjalan dengan lancarnya.

irma hasmie

Jangan lupa dapatkan majalah Pesona Pengantin untuk membaca kisah pertemuan Irma Hasmie dan Reza di Mekah. Abang Nara doakan perkahwinan Irma Hasmie dan Reza akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin ~~~

Written by AbangNara | March 26th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Irma Hasmie dan tunangnya, Rezza boleh bertemu. Rupa-rupanya mereka berdua ditemukan semasa mengerjakan umrah. Irma telah bertemu ibu Rezza di hadapan Kaabah dan daripada situ perkenalan mereka bermula.

irma

Kata Irma:-

Alhamdulilah, tidak sangka dengan perkenalan dan pertemuan yang singkat kami sudah tiba peringkat pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama. Alhamdulillah, Tuhan telah mempermudahkan hati saya untuk menerimanya tanpa rasa ragu-ragu.

Paling menarik ialah sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah, ibu Rezza terus menghantar rombongan merisik. Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Irma kepada kedua ibu-bapanya. Sekarang ini mereka berdua hanya menunggu hari pernikahan iaitu 1 Julai kelak.

irma

Kata Irma lagi:-

Saya tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh di tanah suci, tetapi saya sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik daripadaNya.

“Lebih menggembirakan saya, apabila jodoh saya ini telah restui daripada kedua-dua belah keluarga dan kmereka jugalah yang menguruskan serta merancang segalanya untuk kami. Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya.

Apa pun jutaan tahniah kepada Irma Hasmie yang akhirnya bakal mengakhiri zaman solonya. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin. Kredit info Murai.