Written by AbangNara | December 18th, 2013

Fuh~~ Kacak juga suami Farawahida ini. Sekali pandang nampak macam artis pulak. Kedua-dua mempelai memang sama cantik sama padan. Daripada renungan mata Abdul Shukor, Abang Nara dapat rasakan betapa dirinya bersyukur dan gembira dapat menjadi suami kepada Farawahida. Senyuman memang tak lekang daripada mulut. Hehe.

gambar farawahida kahwin

Kalau sebelum ini Farawahida sengaja menyorokkan wajah bakal suaminya, kini semua orang sudah dapat melihat wajah si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga pasangan pengantin baru ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyak dugaan dan pancaroba yang sudah ditempuhi terutamanya oleh Farawahida sebelum bergelar isteri. Anggaplah ia asam garam kehidupan.

gambar farawahida kahwin

Lagi 17 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Farawahida dan Abdul Shukor dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.

 
Written by AbangNara | November 19th, 2013

Tidak lama lagi, Farawahida bakal menamatkan zaman gadisnya dan bergelar isteri orang. Pastinya hati Farawahida sedang berdebar-debar. Tidak ketinggalan mengikuti trend kini, Farawahida telah mengambil foto pra perkahwinan. Menariknya, wajah suami Farawahida tidak didedahkan 100% di dalam mana-mana gambar.

gambar pra perkahwinan farawahida

Mungkin teman lelaki Farawahida malu-malu kucing kerana bakal menjadi suami kepada seorang selebriti. Tak sabar rasanya untuk melihat kekacakan wajah yang berjaya mencuri hati Farawahida. Pasti handsome!!! Abang Nara suka melihat Farawahida dalam persalinan baju traditional kaum India. Lain daripada yang lain.

gambar pra perkahwinan farawahida

Lagi beberapa gambar pra perkahwinan Farawahida dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.

 
Written by AbangNara | September 11th, 2013

Susulan status Facebook Julfekar yang seolah-olah  ditujukan kepada Farawahida, hari ini Farawahida tampil menerusi Harian Metro memohon jasa baik bekas majikannya itu untuk menghormati keluarganya dan bakal keluarga mentuanya. Untuk anda yang tidak tahu, Farawahida bakal berkahwin hujung tahun ini selepas 8 tahun bercinta.

farawahida

Abang Nara faham kegelisahan yang melanda hati Farawahida. Hari bersejarah sudah hampir tiba, tup-tup cerita yang kurang elok kedengaran. Sudah pasti sedikit sebanyak menganggu persiapan. Kata Farawahida kepada Harian Metro:-

Saya sudah dalam proses melangkah ke alam perkahwinan hujung tahun ini. Saya memang tidak mahu cerita-cerita sebegini menganggu hidup saya dan tidak suka dikaitkan dengan dia lagi. Bila keluar cerita-cerita sebegini, saya bimbang boleh mengugat perasaan bakal mentua. Walaupun mereka faham situasi sebenar, tidak mustahil ada saudara mara akan bertanya dan menyebabkan ia jadi serius.

Farawahida juga menyatakan yang dirinya OK sahaja walaupun dilemparkan dengan pelbagai kata kurang manis oleh bekas majikannya itu. Kata Farawahida lagi:-

Saya OK sahaja bila dia kata maca-maca terhadap saya. Bagaimanapun saya memang tidak mahu baca kenyataan dikeluarkannya kerana nanti akan sakit hati. Saya mengelak daripada berjumpa dia di mana-mana majlis supaya cerita-cerita ini tidak berlaku. Saya hanya minta satu perkara daripada dia, kalau tidak boleh hormat saya, tolong hormat ahli keluarga dan keluarga bakal mentua saya.

Abang Nara sarankan agar Farawahida terus buat tidak tahu macam yang sedang dilakukan sekarang. Jangan dilayan orang-orang yang sebegini. Mungkinkah Julfekar ada menyimpan hati terhadap Farawahida? Manalah kita tahu kan. Bagi Abang Nara, lebih baik Julfekar doakan kebahagiaan Farawahida daripada mengeluarkan kata yang bukan-bukan. Tak gitu?

Written by AbangNara | May 20th, 2013

28 tahun sememangnya umur yang sesuai untuk seorang gadis Melayu menamatkan zaman daranya. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farawahida yang telah mengesahkan akan berkahwin pada hujung tahun ini. Nama jejaka bertuah tersebut bermula dengan huruf A dan berusia 29 tahun.

farawahida kahwin

Sebelum ini Farawahida pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurusnya, Julfekar. Farawahida masih mencari dewan untuk dijadikan tempat majlis perkahwinannya. Buat masa ini, perancangan Farawahida ialah mengadakan majlis di Taiping kerana ramai sanak saudaranya di situ.

farawahida kahwin

Semoga segala perancangan Farawahida akan berjalan dengan lancar. Tahniah in advance Abang Nara ucapkan atas berita gembira ini. Semoga berbahagia dengan bakal suami kelak. Sama-samalah kita doakan.
P.S Inginkan BBCC skin? Wajah semula jadi , lebih halus dan perbaiki kulit . ‘Why Choose, Have Both!!!”. Apa kata anda LIKE FCC Fan Page untuk ketahui informasi terkini, contest dan banyak lagi.