Written by AbangNara | October 29th, 2013

Ramai betul yang suka dan gembira melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Diana Amir dan Habib yang pernah Abang Nara kongsikan sebelum ini. Ramai yang memuji kehenseman suami Diana Amir. Malah ramai yang cakap tak puas dan mahu melihat lebih banyak gambar di hari bahagia pasangan ini.

gambar nikah diana amir dan habib

Terima kasih kepada Amalina Tuna Photography kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang menarik sekitar majlis pernikahan Diana Amir dan Habib untuk tatapan pembaca BeautifulNara. Memang jelas terserlah kebahagiaan dan keseriaan pengantin baru kita ini. Senyuman terukir sepanjang majlis tanda bersyukur ikatan suami isteri termeterai jua.
gambar nikah diana amir dan habib
Abang Nara ingin mengucapkan semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat melayari bahtera rumah tangga. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Amalina Tuna Photography.

 
Written by AbangNara | October 21st, 2013

Alhamdulillah. Sikap Diana Amir sebegini seharusnya dicontohi oleh para wanita yang ingin berkahwin kelak. Bukan ingin memuji lebih-lebih, namun sangat jarang untuk menemui wanita yang hanya mahukan senaskhah Al-Quran dan cincin pernikahan sahaja sebagai barang hantaran perkahwinan. Kagum Abang Nara dengan Diana Amir.

diana amir dan habib

Diana Amir dan tunangnya, Habib bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada hari Jumaat ini. Majlis pernikahan akan dilakukan secara sederhana sahaja. Kata Diana Amir:-

Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami…. dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami

gambar kahwin diana amir

Di kala keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini, langkah Diana Amir yang tidak membebankan bakal suaminya sememangnya satu sikap yang terpuji. Perkahwinan bukan kena berhabis ketika majlis sahaja. Tempoh yang harus ditempuhi selepas pernikahan itu lebih penting. Apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Diana Amir dan Habib pada hari Jumaat ini.

Written by AbangNara | October 17th, 2013

Setelah setahun lebih bertunang, akhirnya Diana Amir akan mengumumkan tarikh perkahwinannya pada hari Jumaat ini. Satu sidang media yang diaturkan oleh pihak pengurusannya iaitu MIG akan diadakan untuk menjawab segala persoalan yang telah lama bersarang di kepala para peminat Diana Amir.

diana amir kahwin

Diana Amir telah pun bertunang dengan seorang pensyarah UiTM pada 22 September 2012 yang lalu. Desas desus mengatakan bahawa majlis pernikahan Diana Amir akan berlangsung pada 25 Oktober ini iaitu pada hari Jumaat depan. Namun begitu, untuk kepastian sama-samalah kita nantikan pengumuman pada sidang media kelak.

diana amir kahwin

Apa pun, Abang Nara ucapkan tahniah kepada Diana Amir atas perkahwinannya yang bakal berlangsung kelak. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Lagi beberapa keping gambar Diana Amir yang terbaru dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 22nd, 2012

Walaupun sedaya upaya cuba merahsiakan pertunangannya, rancangan Galaksi TV9 semalam berjaya mendapatkan pengakuan Diana Amir tentang berita gembira tersebut. Diana Amir mengesahkan yang dirinya sudah pun bergelar tunangan orang. Lelaki yang berjaya mencuri hati Diana Amir itu ialah seorang ustaz pensyarah di sebuah universiti di utara.

diana amir bertunang

Menurut info daripada pelajar-pelajar UiTM Merbok menerusi Twitter, tunang Diana Amir ini dikenali dengan nama Sir Habib

Tahniah diucapkan kepada Diana Amir atas berita gembira ini. Diana Amir pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang mengucapkan tahniah kepada dirinya menerusi Twitter. Walaupun Abang Nara pasti ada hati jejaka di luar sana yang berkecai, doakanlah kebahagiaan mereka.

gambar tunang diana amir

Semoga majlis pernikahan kelak akan dilangsungkan secepat mungkin. Diana Amir pun khabarnya memang sudah tidak sabar lagi menjadi isteri orang. Abang Nara doakan agar semuanya akan berjalan lancar. Tahniah sekali lagi.

P.S: Majlis perkahwinan Puteri Sultan Brunei.