Written by AbangNara | August 20th, 2013

Susah juga apabila selebriti mempunyai peminat yang terlalu menggilai mereka. Kasihan pula Abang Nara apabila mendengar kontroversi ciptaan yang terjadi pada Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Mana tidaknya, tak pasal-pasal kecoh kononnya mereka telah bertunang ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

che ta bertunang

Pertunangan palsu ini telah dicipta oleh seorang peminat yang menghadiri rumah terbuka Rozita Che Wan di Perlis. Kata Che Ta:-

Memang dari awal lagi, saya sudah perasan kehadirannya. Malah, dia menjadi tetamu yang paling lama berada di rumah saya. Saya mula rasa pelik apabila dia banyak sangat mengambil gambar saya, Zain dan adik saya, Ayu Raudhah.

Namun, kerana menghormati peminat, kami menurut saja. “Saya sendiri tak tahu apa motif dia, mungkin sekadar bergurau ataupun tujuan lain. Saya tak marah, mungkin dia sendiri tak tahu yang majlis itu hanyalah majlis rumah terbuka.

Mungkin dia keliru kerana saya dan Zain berpakaian sedondon berwarna hijau. Jadi, dia ingat itu adalah majlis kami

che ta bertunang

Macam-macam kan? Zaman sekarang ini memang pelbagai perkara yang tak masuk akal boleh berlaku kerana kecanggihan teknologi. Mungkin peminat itu kemaruk nak melihat selebriti kesukaannya bertunang. Tak apalah, lagipun bertunang perkara baik. Tak gitu?

P.S: 15 perkara yang anda perlu tahu tentang PROTON

Written by AbangNara | June 24th, 2013

Untungnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Mana tidaknya, banyak pihak berebut-rebut untuk menaja apabila tiba hari perkahwinan. Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga turut tidak terkecuali. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, tajaan untuk perkahwinannya sudah pun ditentukan.

rozita che wan

Yang menariknya, tajaan tersebut merangkumi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya. Cuma tajaan untuk cenderamata sahaja belum ditentukan lagi. Kata Che Ta kepada Utusan Malaysia:-

Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi. Untuk lebih adil bagi semua pihak, hanya selepas sidang media, kita akan ketahui siapakah yang akan dipilih untuk penaja untuk pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya bagi perkahwinan itu nanti

che ta

Nampak gayanya, confirm meriah gila-gila punya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Tak sabar pula nak tunggu pengumuman tarikh perkahwinan mereka. Sampai sekarang masih dirahsiakan. Harap-harap akan dilangsungkan tahun ini juga. Excited pula nak tengok Che Ta nampak jelita dalam persalinan pengantin.
MID YEARP.S: Tinggal lagi 7 hari untuk anda semua dapatkan harga Mid-Year Promo dari BlissCandid. Apa tunggu lagi, rebut peluang anda sebelum tamat promosi hujung bulan ni. Gaji pun dah nak dekat kan? BlissCandid masih menawarkan potongan harga khas untuk anda pembaca Beautifulnara! ;) Email mereka di blisscandid@gmail.com untuk lebih detail!