Written by AbangNara | September 13th, 2013

Sama cantik sama padan. Kedua-dua pasangan mempelai kelihatan berseri-seri di hari bahagia mereka. Abang Nara suka dengan persalinan berwarna putih yang dipakai oleh mereka. Memang menampakkan lagi keceriaan di hari bahagia.

gambar nikah black

Semoga Black dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Black dan Naquira Yasira dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Faisol Mustapha.

glutacell

P.S: GlutaCell adalah produk kecantikan dan kesihatan yang mempunyai kelulusan KKM dan HALAL.Terbukti berkesan seawal 14 hari. Ramai yang telah mencubanya dan berpuashati dengan hasilnya, termasuk beberapa selebriti. Harganya pun mampu milik. Jangan ketinggalan, marilah segera lawati www.azaleadenaturale.com.

 
Written by AbangNara | September 13th, 2013

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah yang telah selamat bergelar suami kepada Naquira Yasira dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 12.06 tengah hari di Zebra Square, Kuala Lumpur.

black kahwin

Majlis ini telah disiarkan secara langsung menerusi rancangan Wanita Hari Ini. Isteri Black yang turut dikenali dengan nama Chira Khairi, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai.

Black memberikan 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, sebentuk cincin Habib Jewels, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol Kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut jenama Charles & Keith.

black

Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan berlangsung pada 14 September (esok), jam 8 malam bertemakan ala ‘Vintage Inggeris’, di lokasi yang sama.  Manakala pada 15 September (Ahad) pula akan diadakan jamuan keramaian bertempat di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat buat kedua-dua pasangan mempelai ini. Tahniah sekali diucapkan. Selamat menempuh alam perkahwinan buat anda berdua. Kredit gambar Faisol Mustapha.

Written by AbangNara | August 1st, 2013

Nampaknya malang jatuh bertimpa-timpa terhadap Black. Niat suci murninya untuk melangsungkan perkahwinan diuji dengan pelbagai dugaan. Jika sebelum ini Black dan tunang disihir, kali ini Black ditipu oleh perunding perkahwinannya pulak.

black ditipu

Bukan sedikit jumlah wang yang diberikan oleh Black kepada perunding perkahwinan tersebut. RM30,000 kot. Satu jumlah yang besar. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Kata Black kepada portal GUA:-

Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil.

Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini.

Menurut Black, RM15,000 telah dipulangkan kembali kepadanya. Tinggal lagi RM15,000 sahaja. Diharap si perunding perkahwinan dapatlah beri balik duit Black tue. Bukannya jumlah yang sikit. Nasib baik Black perasan awal dirinya ditipu. Kalau tak lagilah naya. Kepada Black, tabahlah menghadapi dugaan ini.

Written by AbangNara | July 10th, 2013

Walaupun sebelum ini Black berjanji akan mengumumkan tarikh pernikahannya pada 3 Julai lepas, janji tersebut tidak dapat ditepati kerana kewujudan beberapa masalah. Namun begitu, Black berjanji akan mengumumkan tarikh keramat itu selepas Hari Raya kelak.

tarikh nikah black

Kata Black kepada Utusan Malaysia:-

Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan diselesaikan dengan kadar segera. Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan

Semoga perancangan Black akan dipermudahkan olehNya. Banyakkan berdoa supaya segalanya berjalan lancar. Sambil-sambil itu, bulan puasa ini bolehlah serba sedikit sambung persiapan untuk majlis perkahwinan. Diharap jangan lupa untuk jemput peminat ke majlis perkahwinan anda nanti.
promo ryaniezP.S: Wow. Berbaloi sungguh harga yang ditawarkan oleh Ryaniez Moments Photography ini. Hanya RM1111 untuk majlis perkahwinan anda. Murah sangat jika dibandingkan dengan kualiti yang bakal diberikan oleh jurugambar rasmi majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Beego ini. Layari Facebook Ryaniez Moments atau www.ryaniezmoments.com untuk info lanjut.