Written by AbangNara | August 26th, 2012

Setelah melihat gambar-gambar majlis pernikahan Ustaz Don dan Husna yang penuh meriah dalam kesederhanaan, pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan pengantin baru ini di majlis resepsi mereka. Mengikut apa yang Abang Nara baca di suratkhabar hari ini, lebih 3,000 tetamu hadir di majlis yang telah berlangsung di Pulau Pinang ini. Memang meriah habis kan?

gambar resepsi perkahwinan ustaz don

Renung-renung manja nampaknya Ustaz Don dan Husna. Hehehe. Lagi 4 keping gambar majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada ArtmospherePhotography yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini.

 
Written by AbangNara | August 23rd, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Ustaz Don Daniyal yang telah pun selamat bernikah pagi tadi. Kini Ustaz Don telah pun bergelar suami kepada Husna. Majlis pernikahan telah dilangsungkan dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.
gambar kahwin ustaz don
Menurut info yang dihantar menerusi email, majlis persandingan akan diadakan pada 1 September ini. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ustaz Don dan pasangannya. Semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nanti kalau ada gambar perkahwinan Ustaz Don akan Abang Nara uploadkan untuk tatapan anda.

Written by AbangNara | August 10th, 2012

Selepas membuat pengakuan telah bertunang baru-baru ini, pasti ramai yang teruja untuk mengetahui tarikh perkahwinan Ustaz Don Daniyal. Terima kasih kepada seorang pembaca yang mengirimkan gambar kad perkahwinan Ustaz Don dan Husna seperti di bawah. Comel sangat kad kahwin ini. Cute gila kan?

gambar kad kahwin ustaz don daniyal

Sayangnya tidak pula dinyatakan bila tarikh perkahwinan akan dilangsungkan antara Ustaz Don Daniyal dan Husna. Apa pun ucapan tahniah sangat-sangat kepada pasangan ini atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan rumah tangga yang dibina kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Kredit foto blog Melyssanadiea.