Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Fasha Sandha Hisap Rokok Dengan Machonya

Monday, February 1st, 2010

fasha sandha hisap rokok

Fasha Sandha. Satu nama yang sentiasa penuh dengan kontroversi. Kontroversi dengan Facebook I Hate Fasha Sandha, kontroversi gambar mesra dengan bekas suami Nora Danish dan hari ini kontroversi gambar Fasha Sandha hisap rokok. Katanya gambar nie diambil semasa sambutan hari jadi Fasha Sandha.

Kami taknak salahkan Fasha Sandha kerana merokok. Kami pun ramai jugak kawan-kawan perempuan yang hisap rokok. Cuma nasihat kami kepada artis-artis Malaysia nie, kalau boleh janganlah amik gambar time tengah hisap rokok ke, pegang botol arak ke, menari tak ingat dunia ke. Anda tue tumpuan ramai. Jadi berhati-hatilah dengan kelakuan anda.

Lagi gambar Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan ZonArtis.

(more…)

Facebook I Hate Fasha Sandha, Sukarnya Jadi Seorang Selebriti

Tuesday, January 26th, 2010

fasha sandha

Ciannya kami kat Fasha Sandha. Bukan senang nak jadi selebriti, ada yang suka dan ada yang tak suka. Dan dengan bantuan teknologi sekarang nie, makin senang untuk orang ramai meluahkan rasa benci mereka kepada seseorang. Bagi kami itu tak salah asalkan berpada-pada. Janganlah sampai kutuk melampau-lampau.

Dari apa yang kami dengar, group Facebook I Hate Fasha Sandha dah mencapai 40,000 fans sebelum didelete kerana ada komen-komen yang kurang bernas. Untuk pengetahuan anda, jumlah fans yang join group I Hate Fasha Sandha nie lebih ramai daripada group fans Fasha Sandha yang sebenar. Kalau nak wat kesimpulan mudah, maknanya lagi ramai orang tak suka Fasha berbanding orang sayang dengan dia.

Dan semalam kami check group Facebook I Hate Fasha Sandha nie dah pun dicreate semula. Setakat semalam dah ada lebih kurang 1,000 fans. Rasanya tak lama lagi akan makin bertambah tue. Adakah bakal mencecah 40,000? Itu kita sendiri kena tunggu nanti.

Buat Fasha Sandha, amiklah kewujudan group Facebook yang membenci anda ini sebagai satu motivasi untuk berubah sikap dan menunjukkan contoh yang baik. Orang takkan benci kita kalau kita tak buat salah. Tak gitu? Ini semua lumrah dunia. Harap anda terus tabah dan maju.

P.S: Kalau sesapa rasa nak jadi fans FB tue, pepandai la korang search ek. Tak elok rasanya sebarkan kat sini.

(GAMBAR)Fasha Sandha Di Final Piala Malaysia

Tuesday, November 10th, 2009

fasha sandha

Wahhhhh (nada terkejut tahap gila-gila). Tak sangka mek Fasha Sandha kita pun minat bola rupanya. Terselit gambar Fasha Sandha masa final Piala Malaysia baru-baru nie antara Kelantan ngan Negeri Sembilan. Buat yang tak tahu, Fasha Sandha nie asalnya dari Kelantan. Tue yang pakai baju merah tue. Mesti Fasha sedih Kelantan kalah malam tue kan?

Tapi sebenarnya kami sedih  dengan sikap penyokong Kelantan nie. Terlampau sangat-sangat. Tengok bola buatlah cara tengok bola. Adat la menang kalah. Kalau setiap kali kalah nak bakar stadium memang leceh dan menyusahkan orang lain jer. Kita kan manusia yang diberi akal. Takkan sebab bola pun nak bergaduh dan buat kecoh sampai menyusahkan satu Malaysia?

Cuba tengok video keganasan penyokong Kelantan kat bawah nie. Memalukan!!!

Lagi gambar Fasha Sandha menjadi Red Warriors di malam final Piala Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(KANTOI)Qabil Bongkar Segalanya Tentang Fasha Sandha

Wednesday, October 21st, 2009

qabil dan fasha

Abang Qabil Ambak memang hensem ~~~ Sumpah macho tak ingat dalam kenyataan dia hari nie kat Berita Harian. Terungkai segalanya mengenai hubungan dia dengan Fasha Sandha. Dan yang paling penting, bolehlah dikatakan nampaknya cik Fasha Sandha kita kantoi berbohong. Kenapa kami cakap macam tue? Cuba baca sikit Qabil punya statement nie:-

Sebenarnya hasrat untuk membatalkan perkahwinan itu sudahlama saya suarakan pada Fasha dan saya ada meminta dia memaklumkansendiri perkara itu kepada media. Malangnya dia langsung tidak bersuara. Dan disebabkan tindakannya itu, saya lihat cerita mengenai kononnya yang kami akan berkahwin semakin tersebar di media dan gambar saya turut digunakan 

Ha. Tue baru kantoi nombor 1. Cuba baca statement Qabil lagi untuk kantoi nombor 2 plak.

Jadi apabila dia membuat pengumuman yang kononnya dia akan berkahwin, saya sendiri tertanya-tanya siapakah jejaka itu kerana kalausaya yang dimaksudkannya, itu tak mungkin kerana saya sebenarnya belum lagi membawa dia bertemu dengan keluarga saya

Hohoho (gelak Santa Claus). Yang statement kat atas nie memang kantoi paling sekantoi-kantoinya. Ish-ish. Kalau kami jadi cik Fasha, memang kami tak berani keluar rumah 2 tahun. Malu beb. Kiranya kami rasa Fasha nie dah sampai tahap beria sangat nak kawin sampai sanggup reka-reka cerita. Kesian Abang Qabil.

Jadi apakah sebenarnya reason Abang Qabil kita clash ngan cik Fasha? Kalau nak tau baca statement kat bawah nie plak:-

Rentak hidupnya tidak sama dengan saya dan selepas sayamelihat sendiri dengan mata kepala saya, barulah saya percaya dan biarlah hubungan kami ini hanya setakat di sini saja. Jadi saya harap selepas ini tidak ada yang membuat spekulasi kononnya keluarga sayaserta wujudnya orang ketiga yang menjadi punca saya tidak jadi berkahwin dengan Fasha

Wah wah wah. Apakah rentak hidup Fasha Sandha? Mungkin dia tak minat nak tunggang kuda macam yang Qabil suka. Tak pun Fasha fobia dengan kuda so tak sesuai la ngan jiwa Qabil yang merupakan seorang ekuestrian (betul ke eja nie). Atau mungkinkah rentak hidup Fasha terlalu baik untuk Qabil?

Kita tunggu apa pulak jawapan cik Fasha Sandha kita. Untuk korang yang nak baca statement penuh dalam Berita Harian, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Fasha Sandha Kantoi Menipu?

Wednesday, September 30th, 2009

fasha sandha

#Sila nyanyi dengan rentak lagu raya

Berakhirlah sudah September
Kini tiba Oktober,
Tiba masa Fasha umumkan
Bakal suami dia ~~~

Jeng, jeng, jeng. Di manakah janji-janji manis Fasha Sandha yang telah ditabur dalam Harian Metro 31 Mei 2009? Kami recallkan balik untuk anda kenyataan Fasha:-

Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan.

Tak cukup dengan itu, 22 Julai 2009 Fasha tambahkan lagi janji-janji manis tahap gula dia:-

InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu.

Kalau anda rasa tue tak cukup manis, si Qabil Ambak yang digosipkan sebagai bakal suami Fasha tambahkan lagi gula dalam cerita Fasha Sandha nie:-

Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman

Kepada cik Fasha Sandha, hari ini adalah hari terakhir dalam bulan September. Anda masih sempat lagi untuk buat satu sidang akhbar untuk umumkan siapakah bakal suami anda. Adakah Jejai? Adakah Qabil? Atau adakah seorang lelaki yang memang kami semua tak pernah tau?

Tapi kalau selama ini kenyataan anda tue sekadar janji-janji palsu dan sekadar menanam tebu di pinggir bibir (aceh berperibahasa la pulak), mengaku sahajalah. Kami dah naik muak menunggu nie.

Apa pendapat korang? Rasa-rasa Fasha nie dah kantoi menipu ke atau dia akan buat kejutan hari nie?

nuffnang awards