Written by AbangNara | December 18th, 2012

Hanya dengan melihat gambar, Abang Nara dapat merasai kemeriahan majlis hi-tea bersama Erra Fazira yang telah berlangsung di Restoran Puteri. Nampak gaya macam ramai yang hadir. Pasti seronok dapat meluangkan masa bersama Erra Fazira.

erra fazira

Yang menariknya, anak Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya turut sama hadir menemani ibunya. Makin lama memang makin comel Engku Aleesya ini. Tak salah kalau dikatakan yang Aleesya mewarisi kecantikan ibunya. Besar nanti confirm cun melecun.

erra fazira

16 lagi gambar sekitar majlis hi-tea bersama Erra Fazira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Erra Fazira Official Fanpage.

 
Written by AbangNara | November 10th, 2012

Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

rosyam noor ask2012

Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.

Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh

Setahu Abang Nara, selalunya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Namun Abang Nara tak pasti sama ada lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor ini adalah berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan. Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | October 18th, 2012

Lama tak dengar cerita terbaru Erra Fazira. Yang paling latest Abang Nara tahu ialah Erra bakal muncul bersama Rozita Che Wan, Ziela Jalil dan Raja Azura di dalam program Astro yang berjudul Primadona. Mereka berempat telah hadir ke sidang media ASK2012 semalam.

gambar erra

Paling menumpu perhatian sudah tentu primadona Erra Fazira yang tampil bagaikan puteri. Wajah Erra memang maintain cun melecun. Tak mamah dek usia. Tak salah kalau Abang Nara cakap yang Erra makin tua makin cantik. Pasti suami makin sayang mendapat isteri yang pandai menjaga diri seperti Erra.

gambar erra

7 lagi gambar Erra Fazira di majlis sidang media Anugerah Skrin 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 5th, 2012

Erra Fazira antara barisan selebriti wanita yang turut menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Astro baru-baru ini. Abang Nara suka dengan Erra Fazira kerana gayanya yang maintain cun daripada dulu hingga sekarang. Erra memang layak untuk digelar diva.

erra fazira cun

Lagi 6 gambar terbaru Erra Fazira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.