Written by AbangNara | October 5th, 2011

Ala berserinya muka Ekin yang kini sedang hamil 4 bulan. gambar terbaru Ekin ini diambil ketika jamuan hari raya Astro baru-baru ini. Untuk makluman, Ekin sebelum ini sudah keguguran sebanyak 2 kali.

ekin mengandung

Untuk kehamilan kali ketiga ini, Ekin dan Mawi mengambil langkah berjaga-jaga tahap tertinggi. Ekin dihantar pulang ke kampung untuk 3 bulan terawal untuk memastikan kandungan terjaga rapi. Malah Ekin dilarang untuk melakukan apa-apa kerja. Sekadar duduk berehat sepenuhnya.

Marilah kita sama-sama doakan agar kandungan Ekin kali ini tidak akan mengalami apa-apa masalah. Kalau anda ada petua untuk disharekan, sila tinggalkan di ruangan komen. Buat Ekin dan Mawi, semoga semuanya selamat.

Written by AbangNara | July 12th, 2011

ekin mengandung

Setelah keguguran dua kali, Ekin telah disahkan mengandung 7 minggu kali ini. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ekin dan Mawi. Sama-samalah kita doakan agar kandungan Ekin sihat sejahtera. Kepada Mawi, sila jaga Ekin elok-elok ye. Congrats sekali lagi kepada anda berdua.

P.S: Alhamdulillah isteri Abang Nara pun dah mengandung. Doakan kandungan kami sihat sejahtera. Thanks ~~

Written by AbangNara | October 14th, 2010

gambar maizawati mengandung

Tahniah kami ucapkan kepada Maizawati dan Ina Naim yang khabarnya kini sedang mengandung. Maizawati mengandung anak ke 7 manakalah Ina Naim pulak kalau tak salah kami anak ke 2. Rasanya Maizawati baru sahaja bernikah baru-baru ini. Nampaknya murah rezeki Maiza dan suami. Tup-tup dah nak dapat anak. Hebat sungguh tenaga lelaki muda.

Sebenarnya kami tak sabar nak tunggu bila pulak Waheeda, Ekin dan Datuk Siti Nurhaliza mengandung. Bukan apa, diorang nie antara feveret-feveret artis di sini. Kami dapat rasakan tak lama lagi mereka akan dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang diidam-idamkan selama ini.

P.S: Rasanya ramai jugak pasangan yang dah berkahwin bertahun-bertahun tapi masih tak dapat anak. Kalau anda ada tips untuk kasik mengandung cepat bolehlah sharekan di sini. Mana tau ada pembaca yang memerlukan.