Written by AbangNara | October 17th, 2013

Setelah setahun lebih bertunang, akhirnya Diana Amir akan mengumumkan tarikh perkahwinannya pada hari Jumaat ini. Satu sidang media yang diaturkan oleh pihak pengurusannya iaitu MIG akan diadakan untuk menjawab segala persoalan yang telah lama bersarang di kepala para peminat Diana Amir.

diana amir kahwin

Diana Amir telah pun bertunang dengan seorang pensyarah UiTM pada 22 September 2012 yang lalu. Desas desus mengatakan bahawa majlis pernikahan Diana Amir akan berlangsung pada 25 Oktober ini iaitu pada hari Jumaat depan. Namun begitu, untuk kepastian sama-samalah kita nantikan pengumuman pada sidang media kelak.

diana amir kahwin

Apa pun, Abang Nara ucapkan tahniah kepada Diana Amir atas perkahwinannya yang bakal berlangsung kelak. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Lagi beberapa keping gambar Diana Amir yang terbaru dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 22nd, 2013

Hujung minggu lalu, Metrowealth Pictures telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama selebriti-selebriti naungannya dan para media. Majlis yang berlangsung di Shogun Sunway Pyramid ini berjalan dengan meriah dan lancar sekali. Sedap-sedap belaka makanan yang dihidangkan.

diana amir

Walaupun nama besar seperti Nora Danish dan Shaheizy Sam tidak dapat menghadirkan diri, kehadiran selebriti-selebriti seperti Diana Amir ternyata memeriahkan lagi majlis. Dengar khabarnya Diana akan menamatkan zaman gadisnya dalam tahun ini juga. Tak sabar rasanya nak menanti hari bahagia Diana.

diana amir

Bobo juga turut hadir dengan berpakaian kemeja serba pink. Bobo memang sempoi dan rileks melayan media yang menemubualnya. Memang orangnya gila-gila. Apa-apa pun, selamat berpuasa kepada semua artis naungan MIG. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

telekung travel

P.S : Setiap kali tiba bulan Ramadhan, wife Abang Nara pasti akan beli telekung baru. Katanya barulah bersemangat sikit nak pergi solat terawih. Ramadhan kali ini, Abang Nara buatkan kejutan untuk dia dan belikan telekung travel daripada Busana Muslimah PelangiBonda.SEGERA DAPATKAN SEMENTARA STOK MASIH ADA!

P.S: Gambar Proton Preve hatchback yang lebih jelas didedahkan

 
Written by AbangNara | July 5th, 2013

Lama tidak mendengar khabar si comel Diana Amir ini. Sejak bertunang dengan seorang pensyarah, memang tidak banyak berita yang terpampang mengenai dirinya. Terbaru, Diana Amir telah berkolaborasi dengan Melinda Looi untuk menghasilkan koleksi tudung yang dikenali sebagai “Diana Amir x emel“.

diana amir

Kolaborasi mereka berdua ini memang cukup sempurna di mata Abang Nara. Cantik-cantik semua tudung yang dikeluarkan. Tambah cantik apabila modelnya adalah Diana Amir. Pasti koleksi ini akan menjadi rebutan ramai lebih-lebih menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

diana amir

Lagi beberapa keping gambar Diana Amir menggayakan koleksi tudung rekaan Melinda Looi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk info lanjut dan cara pembelian, anda boleh layari Facebook Melinda Looi.

 
Written by AbangNara | October 17th, 2012

Diana Amir merupakan salah seorang pelakon di dalam filem PE3. Namun ketika filem ini dirakamkan, Diana Amir masih belum berhijrah. Malah watak yang dipegangnya di dalam filem ini merupakan watak seorang penggoda yang seksi. Siap ada babak memakai gaun pendek lagi.

diana amir

Oleh kerana segan dengan penampilannya di dalam filem PE3, Diana Amir tidak menghadiri majlis tayangan perdana bersama media baru-baru ini. Ditanya tentang pandangan tunangnya mengenai wataknya di dalam filem ini, Diana Amir berkata:-

Alhamdulilah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah. Dia hanya tegur apa jua tindakkan atau perlakuan saya sekarang. Dia akan memberitahu apa yang patut saya buat dan apa yang tidak. Perkara yang lalu tidak pernah diungkitnya lagi. Saya juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami dan memberi semangat kepada saya. Terutama sekali David Teo dan Farid Kamil yang sagat memahami situasi saya dan saya sangat berterima kasih kepada mereka

PE3 merupakan filem terakhir sebelum penghijrahan Diana Amir. Jadi sudah tentu Diana Amir mampu menarik nafas lega sekarang. Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada tunang Diana Amir, Farid Kamil dan David Teo kerana begitu memahami gelodak di dalam hati Diana Amir. Anda bertiga memang sangat tinggi nilai toleransinya. Tahniah.

kulit cantik

P.S: Inginkan kulit yang cantik berseri? Cubalah kombo vitamin C dan collagen catalyst daripada Cantik BeautifulNara. Abang Nara pun dah pakai. Memang kesannya sangat awesome. Like Facebook Cantik.BeautifulNara untuk info atau email ke lorongsetia8 [at] gmail.com