Written by AbangNara | October 27th, 2010

gambar rozita che wan

Sesungguhnya apabila hadirnya Rozita Che Wan ke mana-mana majlis, mata kami akan terus gelap dan tak nampak orang lain dah. Pandangan mata kami hanya memang terjurus kepada RCW sahaja. Keayuannya, keanggunannya dan kecantikannya memang mencairkan walaupun umur RCW sudah agak berusia. RCW seperti ada satu aura yang menyebabkan dia lebih menyerlah dari artis lain.

Apa pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Peek-A-Boo yang sudi menjemput kami ke majlis pelancaran Peek-A-Boo di Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini. Kalau anda jenis gila berfesyen dengan rambut, kami cadangkan Peek-A-Boo sebab mereka sangat professonial dan sudah berpengalaman lama dalam bab-bab rambut ini.

Kembali kepada Rozita Che Wan, malam tersebut kami hanya memandang RCW dari kejauhan sahaja. Niat di hati ingin bergambar bersama si cantik manis ini, tetapi lidah ini terasa kelu setiap kali menatap wajahnya. Akhirnya kami memahami perasaan mereka-mereka yang jatuh hati dengan RCW. Memang gorgeous gila.

Lagi gambar Rozita Che Wan dan beberapa artis lain dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 30th, 2010

remy peluk rozita

Mesti membara je hati para Dato’-Dato’ di luar sana tengok tangan Remy Ishak melekap baik punya kat punggung Rozita Che Wan. Siap buat muka macho tak bersalah lagi. Nak buat macam mana kan. Tukang amik gambar suruh buat pose macam tue. Itu yang Remy Ishak dengan separa rela terpaksa memegang punggung janda terhangat Malaysia tue. Fuh ~~~

Adakah anda juga berangan untuk bertuah seperti Remy Ishak? Kalau muka anda handsome, sila daftar menjadi pelakon dengan segera. Mana tahu dapat jadi femes, ada can la boleh buat photoshoot dengan Remy Ishak. Buat masa ini, sila telan air liur sahaja.

P.S: Masa shooting untuk Project Alpha 2 hari tue sempat singgah nak tengok orang utan kat Sarawak. Walaupun tak dapat nampak live, tapi memang banyak benda menarik yang dapat belajar. Tak percaya sila layan video episod ke 6 kat atas tue. Confirm korang pun tak tau yang orang utan leh makan buah durian. Kagum tak?