Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Esok Lisa Surihani kat Gerai JuzJumbo

Tuesday, September 8th, 2009

Kalau korang minat gila kat Lisa Surihani, boleh beli air mangga, strawberi, laici atau kiwi dari tangan Lisa Surihani sendiri. wah, kompem tak buang lah bekas air minuman tu, simpan buat kenang-kenangan. Jangan bawak  tidur sekali sudah. Sambil-sambil amik air tu, buat-buatlah terpegang tangan.

Lisa Surihani akan ada kat gerai Juz Jumbo Suria FM kat Pasar Ramadan Kg Baru esok – rabu 9hb. Harini dengarnya Diana Danielle ngan Dafi akan tolong jual air. Erra Fazira ngan  Umie Aida pulak akan pergi hari ahad ni.

Sapa-sapa yang pergi amik gambar pastu hantar email kat Kak Nara ok, boleh kita layan ramai-ramai gambar artis jual air.

Korang layan dulu gambar-gambar artis yang dah menjual….PM pon ada tau!

(more…)

(CARTA)10 Gambar Artis Malaysia Paling Seksi 2009(PART I)

Wednesday, June 24th, 2009

10 gambar artis malaysia paling seksi

Jeng jeng jeng. Buat pertama kalinya kami di BeautifulNara secara suka-suka dan bergurau ingin mengeluarkan carta 10 gambar artis Malaysia paling seksi tahun 2009. Kriteria pemilihan sangat mudah iaitu calon-calonnya mestilah terdiri dari artis yang berkaitan dengan Malaysia dan gambarnya mesti pernah dipamerkan di blog ini pada tahun 2009.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu siapakah yang bakal menduduki takhta teratas carta 10 artis Malaysia terseksi ini. Kalau berani buatlah tekaan sebelum anda melihat senarai pemenang-pemenangnya. Lupa nak bagitau keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan melainkan daripada Scha Al-Yahya sahaja.

Untuk part I ini kami akan paparkan senarai pemenang dari tempat ke 10 hingga tempat ke 6 untuk tatapan anda. Kami tahu anda semestinya tak sabar nak tahu siapa di tempat pertama tapi kami memang sengaja nak menyeksa anda. Kami suka buat anda tertunggu-tunggu.

Jom kita sekodeng 5 daripada 10 gambar artis Malaysia paling hangat dan seksi tahun 2009 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk setiap artis yang tersenarai kami ada sediakan link untuk anda membaca artikel asal mereka. Sambil menunggu part II buatlah tekaan anda siapakah yang bakal menduduki tempat top 5.

P.S: Artikel ini adalah dibuat untuk suka-suka sahaja. Segala gambar adalah diambil daripada Internet dan dialog artis-artis yang terlibat adalah rekaan kami semata-mata.

(more…)