Written by AbangNara | December 31st, 2012

Abang Nara suka Tomok. Sejak dari zaman New Boyz lagi, lagu nyanyian Tomok seringkali dinyanyikan oleh diri ini ketika berkaraoke. Terbaru, Tomok muncul dengan single yang berjudul “Penipu”. Not bad jugak!!!

penipu daripada tomok

Tahun 2012 merupakan tahun yang amat bermakna buat Tomok dengan kehadiran cahaya mata sulungnya. Semoga tahun 2013 yang akan menjelma esok menjanjikan lebih banyak kebahagiaan dan kenikmatan buat mereka sekeluarga. Buat peminat Tomok, lagu Penipu ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah tahun baru untuk anda.

Selamat tahun baru buat Tomok dan keluarga. Semoga dimurahkan rezeki sepanjang tahun 2013 kelak. Amin ~~

Written by AbangNara | September 18th, 2012

Ramai nampaknya yang menggerami kecomelan anak Tomok, Arrian Shah Akid. Abang Nara lagi geram rasa nak cubit Arrian ketika menghadiri majlis cukur jambul tersebut. Memang cute. Pipi pun dah gebu. Sedap untuk dicubit.

anak tomok

Lagi 10 keping gambar sekitar majlis cukur jambul anak Tomok dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook BlissCandid.

P.S: Kuasa alat solek yang mengkagumkan.

 
Written by AbangNara | June 1st, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah nama anak sulung Tomok yang dilahirkan baru-baru ini. Akhirnya Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan mengumumkan Arrianshah Akid sebagai nama untuk anaknya yang dilahirkan di Prince Court dengan berat 3.33kg itu.

nama anak tomok

Tomok turut tidak lokek berkongsi gambar-gambar terbaru anaknya menerusi Twitter @Tomok_NB_OIAM. Banyak juga gambar-gambar Arrianshah Akid yang diupload oleh Tomok. Kesemuanya comel-comel belaka. Semoga Arrianshah Akid akan terus sihat dan dijauhi penyakit-penyakit seperti demam kuning dan sebagainya.

Lagi 5 keping gambar Arrianshah Akid dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 29th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Tomok dan isterinya, Ayu telah yang kini telah pun bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki mereka. Bayi yang masih belum diumumkan namanya ini dilahirkan dengan berat 3.33kg pada kira-kira jam 6.30 petang tadi.

gambar anak tomok dan ayu

Gambar di atas telah dikongsi oleh Tomok menerusi Twitternya di @Tomok_NB_Oiam. Abang Nara ucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung ini. Selamat menempuh alam ibu bapa dan semoga anak Tomok dan Ayu akan sihat sejahtera sehingga dewasa kelak.

P.S: Maru, si kucing comel sambut ulang tahun ke 5