Written by AbangNara | October 9th, 2013

Abang Nara memang suka benar dengan Fasha Sandha sejak dirinya bergelar ibu. Memang terserlah sifat keibuan. Nampak sangat pandai menjaga anak, nampak lebih matang, lebih caring dan sangat bahagia di samping keluarga tercinta. Senang cakap, tiada lagi kontroversi yang melanda dirinya.

fasha sandhaDan semestinya apabila sudah ada bekeluarga dan mempunyai cahaya mata, kerjaya dan publisiti kini menjadi nombor 2 buat Fasha Sandha. Memang makin respek dibuatnya apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Fasha. Terserlah betapa Fasha adalah seorang “family woman”. Kata Fasha kepada MalaysianDigest:-

Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga.

Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.

Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya

fasha sandha

Secara jujur, Abang Nara lihat imej dan pandangan orang ramai terhadap Fasha Sandha sejak bekeluarga ini semakin meningkat baik. Memang makin ramai peminat yang jatuh hati melihat cara Fasha menjaga Rayfal. Makin ramai yang gembira melihat kebahagiaan keluarga Fasha Sandha. Sama-samalah kita doakan agar ia berterusan. Semoga Rayfal lepas ini dapat adik cepat-cepat. Mesti lagi meriah dan menarik dibuatnya.

P.S: Honda Jazz Type R Hibrid bakal dilancar tahun 2015

Written by AbangNara | May 12th, 2013

Sukarnya menjadi seorang selebriti. Pantang lepas bersalin pun ada orang nak pantau. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi popular. Terbaru, ramai yang risau apabila Fasha Sandha dilihat tidak memakai stokin ketika berpantang. Tak elok kata mereka.

fasha sandha

Apa yang membuatkan Abang Nara respek kepada Fasha ialah kesanggupannya untuk menjelaskan perkara tersebut kepada para peminatnya. Kalau artis lain mungkin buat tak tahu sahaja, tetapi Fasha siap buat penjelasan lagi. Respek betul. Jelas Fasha:-

Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs

fasha sandha

Wife Abang Nara dulu pun berpantang ikut cara sendiri. Tak adalah pantang sangat terutama bab pakaian. Setiap orang memang ada cara masing-masing sebab bahan bacaan berbeza-beza. Kalau ikut cara orang tua, mungkin teknik pantang lebih tegas. Apa-apa pun yang penting si pemantang gembira. Tak gitu?
fasha sandha

4 lagi gambar terbaru si comel Putera Rayfal Ramli dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 26th, 2013

Alhamdulillah. Lega Abang Nara membaca perkembangan terkini anak kepada Fasha Sandha iaitu Putra Rayfal. Menerusi laman Facebook We Love Fasha Sandha, Fasha memaklumkan yang Rayfal sangat sihat dan telah pun menjalani check up pertamanya di Prince Court.
fasha sandha

Pasti Fasha lega kerana Rayfal tidak menghidap jaundice. Anak Abang Nara dulu kena jaundice dekat 2 minggu juga. Memang gelisah dibuatnya. Siap kena jemur di bawah sinaran cahaya matahari pagi pulak. Terasa lucu pulak teringat kenangan tersebut.
rayfal

Sesungguhnya membesarkan anak ini adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kepada anda yang belum berkahwin, Abang Nara nasihatkan kahwin cepat-cepat dan berdoa supaya dikurniakan anak secepat mungkin. Barulah anda akan tahu rasa thrillnya.
fasha sandha
6 lagi gambar Putra Rayfal dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 18th, 2013

Untuk anda yang tidak tahu, hanya satu huruf yang berbeza pada nama anak Fasha Sandha dan anak Nora Danish. Anak Fasha bernama Putra Rayfal manakala anak Nora Danish bernama Putra Rayqal.
ndnnBerkata kepada Harian Metro hari ini, Nora Danish mengakui yang dia turut terkejut dengan perkara tersebut. Kata Nora Danish:-

Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli. Apapun, kita harap yang terbaik buat semua

Abang Nara yakin apabila dewasa kelak, Rayfal dan Rayqal akan menjadi sahabat baik. Tak sabar nak melihat Rayqal menjaga Rayfal seolah-olah menjaga adiknya sendiri. 4 keping lagi gambar Putra Rayfal dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ndnn

P.S: Memang perubahan yang ketara jelas kelihatan selepas mengamalkan Fer White. Lebih putih, lebih berseri dan kulit lebih mulus. Dapatkannya sekarang dengan harga hanya RM95 termasuk penghantaran. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke lorongsetia8@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.