Written by AbangNara | August 18th, 2010

gambar anak artis malaysia

Comel sungguh anak-anak selebriti Malaysia nie. Tapi jangan risau sebab sebenarnya semua budak-budak memang comel. Kalau anda bukan selebriti pun, kami percaya yang anak anda secomel atau mungkin lebih comel daripada anak-anak selebriti Malaysia nie. Budak-budak memang cute. Rasa nak cubit je pipi sorang-sorang.

Lagi gambar anak-anak selebriti Malaysia yang kiut miut dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ini diambil masa event Fesyenita Baby Kiko. Terima kasih kepada Qimie yang memaklumkan kepada kami tentang kewujudan gambar-gambar ini.

P.S: Ciannya dia penat puasa..

 
Written by AbangNara | June 10th, 2009

gugu gaga erra

Comel betul Engku Aleesya walaupun kecik lagi. Tak tahan tengok gambar dia menguap. Memang cute sangat-sangat. Boleh lawan anak Eizlan nie.

Tapi kami tak faham dengan Erra. Katanya dulu taknak anak dia jadi orang seni. Tapi tengok-tengok dah ada program Gugu Gaga khas untuk anak dia. Baru baper bulan je umur Engku Aleesya nie.

Lagi gambar Engku Aleesya dan Erra Fazira semasa majlis pelancaran program realiti TV Gugu Gaga dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 24th, 2009

gambar anak Erra Fazira

Amik kau sampai kena buat 3 artikel untuk letak gambar anak Erra Fazira, si Engku Aleesya nie masa majlis cukur jambul @ akikah dia. Dah popular mengalahkan mak dia nie. Nasib baik comel. Hehehe.

Kali nie gambar-gambar Engku Aleesya semasa cukur jambul diambil daripada kamera peribadi salah seorang pengforum. Orang kata gambar peribadi. Mungkin pengforum nie sahabat andai tak pun ada bau bau tahi ayam dengan Erra.

Ada lagi 11 keping gambar anak Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya(maksudnya yang dilindungi) dengan membaca artikel ini sepenuhnya:-

P.S: Kalau anda baca Bipop Berita Harian bahagian Zubir, ada cerita tentang Waheeda dan Akhil Hayy. Ayat yang digunakan sebijik dengan ayat kami di artikel gosip isteri Akhil Hayy failkan penceraian. Nampaknya blog ini dah semakin popular. Thanks Zubir sebab baca blog kami.

 
Written by AbangNara | April 22nd, 2009

anak erra fazira

Bulan ini sahaja sudah 5 kali kami mendapat email yang menyatakan gambar di atas adalah gambar anak Erra Fazira. Malah yang tahannya tidak dalam dahulu, Pancaindera pun pernah keluarkan gambar tersebut. Kononnya itu adalah gambar anak Erra Fazira.

Bukannya kami tak mahu letak gambar di atas sebelum-sebelum ini, tapi kami yakin dan pasti yang itu bukanlah gambar Aleesya, anak Erra Fazira. Sebenarnya masa gambar ini diambil, Erra Fazira masih mengandung dan mungkin tengah training nak dukung anak menggunakan anak orang lain.

So kepada semua yang masih ternanti-nanti gambar ekslusif anak Erra Fazira, jangan lupa terus membaca blog ini kerana kami akan berusaha keras untuk mencarinya.