Written by AbangNara | March 1st, 2013

Isu pencerobohan Lahad Datu sememangnya menjadi topik yang sedang hangat dibincangkan di alam siber sekarang ini. Salah seorang selebriti yang turut meluahkan pendapatnya ialah Abby Abadi. Umum mengetahui yang Abby Abadi kini sudah pun berjuang di bawah paksi Pakatan Rakyat.

abby abadiSudah pasti, kerajaan Malaysia diserang oleh Abby kerana dikatakan lambat mengambil tindakan untuk mempertahankan keamanan di Lahad Datu. Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Abby menerusi Twitternya ialah:-
lahad datu
lahad datu
lahad datu

Setiap orang sememangnya mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu ini. Apa pun marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada tentera Malaysia yang telah terkorban mempertahankan Lahad Datu daripada serangan tentera Sulu hari ini. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Written by AbangNara | November 28th, 2012

Lama rasanya tidak menulis mengenai Abby Abadi. Ada sesiapa yang rindu kepada insan ini? Hari ini, Abby Abadi menerusi akaun Twitternya sempat memberikan tazkirah ringkas kepada rakan-rakan artisnya. Kata Abby, artis Malaysia perlu sedar yang mereka selama ini dijauhkan daripada agama.

abby abadi

Abang Nara memang suka kalau orang bagi peringatan. Manusia kan mudah lupa. Cuma bagi Abang Nara ayat yang digunakan oleh Abby nampak agak kasar. Mungkin Abby perlu belajar cara teguran yang lebih berhemah.

abby abadi

Abby Abadi juga turut sempat menyelitkan sentimen politik di dalam tazkirah ringkasnya. Hmmm. Abang Nara no komen. Kang tak pasal-pasal kena tangkap sebab salah bagi komen.

abby abadi

Turut diselitkan sedikit pesanan buat Zed Zaidi yang merupakan Presiden Seniman.

abby abadi

Abang Nara pasti ramai di luar sana yang mengikuti akaun Twitter Abby Abadi. Abang Nara baca ramai yang tidak puas hati dengan kata-kata Abby Abadi. Mungkin kerana Abby mencampuradukkan politik di dalam nasihatnya. Abang Nara pasti ada teknik yang lebih sesuai untuk Abby Abadi memberi teguran kepada rakan-rakan artisnya. Tak gitu?

Written by AbangNara | October 24th, 2012

Pada 21 Oktober 2012 yang lalu, Abby Abadi telah memberikan ceramah di dalam program Bicara Hijrah Selebriti (Bersama Abby Abadi). Agak menarik intipati ceramah yang disampaikan. Selepas penghijrahannya, Abby melihat betapa dunia hiburan langsung tidak mengikuti syariat Islam.

abby abadi

Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Abby ketika ceramahnya ialah:-

Bilamana saya sudah berada didalam keadaan sekarang ini, apa yang saya lihat terhadap rakan-rakan saya (pelakon) buat sekarang ini memang langsung tidak mengikut Syariat Islam. Jadi situasi industri hiburan yang macam ni memang sangat menakutkan saya. Maknanya sebagai contoh tak kira la dia tu isteri ataupun suami orang ke main belasah je sesuka hati kelakuannya semata-mata mahu mengikut skrip. Bila saya tengok macam ni memang tak ikut undang-undang islam dah

abby abadi
Memang benar kata Abby Abadi itu. Kita pun boleh tengok apa yang sedang terjadi di dalam drama dan filem Malaysia. Kadang-kadang tak logik dek akal babak-babak yang dibuat. Apa pun Abang Nara terharu mendengar kata-kata Abby Abadi di bawah ini:-

Saya rasa macam dah jadi satu tanggunjawab yang besar bagi diri saya untuk menyedarkan rakan-rakan artis. Risau juga saya, sempat ke saya nak selamatkan rakan-rakan saya ini sebelum kiamat?

Kalau niat Abby memang tulus ikhlas, pasti akan dipermudahkan untuk membantu rakan-rakan lain. Perlahan-lahan cubalah buat perubahan. Pasti ada yang menerima kelak. Kepada Abby, semoga terus tabah menjalankan dakwah di dalam dunia hiburan. Sumber BuahMulut.

P.S: Seni ukiran di tengkorak

Written by AbangNara | October 15th, 2012

Sekarang ini, Abby Abadi sibuk memberi ceramah di majlis-majlis agama. Pasti ada yang tertanya-tanya sama ada Abby akan berlakon kembali. Abang Nara yakin ramai peminat yang merindui lakonan mantap Abby Abadi. Persoalannya, adakah Abby Abadi akan berlakon semula selepas berhijrah?

abby abadi

Dan Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Abby Abadi mengakui yang dirinya masih sayang dan rindu pada dunia lakonan. Malah Abby berharap yang dia akan dapat berdakwah menerusi lakonannya sekiranya ada tawaran yang sesuai. Kata Abby kepada Sinar Harian:-

Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin kembali berlakon seperti dahulu.Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon. Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan. Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak.

Abang Nara rasa sekarang ini pun dah banyak watak dalam drama yang menampilkan ciri-ciri keislaman yang sejati. Mungkin Abby sesuai untuk memegang salah satu daripada watak itu. Apa pun kata orang, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Semoga satu hari nanti Abby akan membuat comeback dalam dunia lakonan.

jubah

P.S: Cantik gila kan jubah pattern di atas? Takkan tengok je kot? Belilah satu untuk dipakai ketika Hari Raya Haji. Pasti anda akan kelihatan lebih awesome dan menawan. Klik di sini untuk membuat pembelian.