Written by Bella | May 17th, 2016

Sejak beberapa minggu ini, ramai yang menganggap Fiza Halim bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi dalam masa terdekat, selepas memuat naik status yang menggambarkan seakan beliau sudah bertemu jejaka yang paling tepat buat dirinya.

Malah, bekas suami  Fiza iaitu Adam AF juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mendoakan kebahagiaan Fiza.

Tidak mahu perkara tersebut terus mencetuskan spekulasi, Fiza menerusi portal BH ONLINE telah menafikan beliau bakal berkahwin lagi.

Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi. Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi.

Pada masa yang sama, Fiza juga menepis gosip liar kononnya beliau merampas suami orang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.

Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Mengakui mula berkenalan dengan jejaka berkenaan pada awal tahun ini, Fiza masih lagi belum bersedia untuk memikirkan soal kahwin dan mahu lebih berhati-hati kerana beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi.

Kadang-kadang harapan peminat itu juga boleh menjadi doa. Siapa tahu kalau ada jodoh mungkin Fiza dan Encik J akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 11th, 2016

Meskipun pernah gagal dalam rumah tangga sebanyak dua kali, pelakon Fiza Halim tidak mahu terlalu berduka ataupun serik untuk bercinta lagi.

Dikatakan sudah mempunyai kekasih baharu, Fiza menerusi satu muat naik terbaru beliau di Instagram seakan memberikan gambaran beliau bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.

Counting days… #itsalmostthere#thankyouallah#loveyoumylove @aaj_ecot.

Mungkin inikah jejaka yang berjaya mencuri hati Fiza?

Jika benar Fiza Halim bakal berkahwin tidak lama lagi, tahniah kami ucapkan kepada beliau dan semoga perkahwinan beliau kali ini berkekalan sehingga akhir hayat. Siapalah agaknya jejaka yang Fiza selalu sorok tu yee? Hehe..

Written by Bella | March 28th, 2016

Fiza Halim nampaknya sudah meneruskan hidup selepas episod dukanya dahulu, melalui beberapa foto yang dimuat naik oleh Fiza,  beliau seakan sudah bertemu dengan pengganti.

Menerusi portal BH ONLINE, Fiza mengakui beliau kini sedang berbahagia dengan seorang jejaka yang baharu sahaja dikenalinya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fiza belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka berkenaan.

Fiza bersama jejaka yang membuatnya merasa bahagia :)

Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang. Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu.

Ramai peminat beliau merasa gembira kerana Fiza sudah bertemu dengan seorang lelaki yang mampu mengukir kembali senyuman diwajahnya. Mereka turut mendoakan agar jodoh Fiza kali ini berpanjangan.

Kata orang,  pelangi akan muncul selepas hujan, dan mungkin ini kali ini Fiza sudah bertemu dengan jejaka yang tepat buat dirinya. Siapa tahu bukan? Harapnya ada jodoh untuk mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE