Written by serenity | September 13th, 2017

Filem Pencuri Hati Mr Cinderella arahan dan lakonan Ahmad Idham telah tamat ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Namun begitu agak menyedihkan kerana selepas tamat tayangan filem ini hanya menerima kutipan lebih kurang RM 60,000.

Gambar: Star 2

Filem itu yang turut menampilkan Atikah Suhaime, Haliza Misbun dan Datuk Eizlan Yusof kemudiannya dikupas Netizen dari pelbagai sudut. Antara faktor yang dikatakan menyebabkankan kegagalan filem itu mendapat kutipan memberangsangkan ialah Ahmad Idham selaku protagonis utama dianggap sudah berusia. Dari jalan ceita, sehingga ke poster filem itu turut dkritik Netizen kerana dianggap ketinggalan zaman seperti poster filem Sembilu yang dikeluarkan pada tahun 1995.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 14th, 2016

Semalam, seorang pembaca bernama Amalina Annuar telah menghantar kepada kami satu artikel mengenai filem Pekak yang dianggapnya tidak bersandar kepada realiti kehidupan orang kelainan upaya (OKU).
 photo pekak the movie banner.png
Dalam entri ini, kami akan menyiarkan satu kenyataan yang dihantar oleh Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran (Hear Me) Malaysia mengenai filem “Pekak”.

Merujuk kepada filem Pekak yang ditayang bermula 1 September 2016 baru-baru ini, kami dari Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) ingin menyatakan bantahan terhadap tayangan filem yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor.

Filem yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan pelbagai pihak termasuk ahli persatuan kami yang rata-rata mempunyai anak yang menghidapi masalah pendengaran.

Sejujurnya menurut pendapat kami, filem ini adalah sangat tidak sesuai untuk ditayangkan. Selain di penuhi dengan adegan-adegan yang tidak bermoral seperti dadah, mencuri, pergaulan bebas, keganasan dan rokok, filem Pekak ini seakan-akan memperlekehkan kedudukan dan maruah Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran.


 photo 1_2.jpg
 

 
Written by serenity | April 14th, 2016

Tahun lepas pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad telah menunaikan ibadah haji. Sehubungan itu, dia kini mengamalkan prinsip tidak mahu berpegangan tangan dengan bukan mahram dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama sejak itu.

Katanya kepada mStar Online, ia satu cabaran yang perlu dilalui setelah menunaikan haji:

Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan.

Mungkin ada yang menganggap Nabil berlagak alim, tetapi Nabil berkata dia tidak berniat begitu, sebaliknya dia cuma mahu memperbaiki dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

Biarlah orang tidak nampak perubahan saya.

 photo 3-Nabil-Ahmad-Terkejut-Dapat-Tempat-Tunaikan-Haji-ROTIKAYA.jpg
Nabil kini juga sedang belajar mengaji Quran secara persendirian dengan seorang ustaz yang datang ke rumahnya:

Sekarang saya sedang belajar mengaji, ada seorang ustaz yang akan datang ke rumah ajar kami sekeluarga. Isteri saya tidak ada masalah kerana dia pandai mengaji cuma tidak boleh mengajar saya.

Kalau dia yang ajar asyik ketawa sahajalah kami, jadi terpaksa panggil orang luar.

Perubahan yang cuba dilakukan oleh Nabil ini ialah sesuatu yang baik. Walaupun perubahan itu mungkin orang tidak nampak tetapi yang penting niat itu ada. Semoga Nabil akan terus istiqamah dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Written by serenity | October 1st, 2015

Filem aksi berbahasa Melayu, Polis Evo, kini ialah filem Malaysia yang mencatat kutipan tertinggi 2015 setelah berjaya mengutip RM 8 juta sejak ditayangkan di pawagam 17 September lepas.

Lapor Cinema Online, ini menyebabkan pelakon utamanya, Shaheizy Sam, yakin bahawa filem itu mampu memecahkan rekod kutipan yang dibuat oleh filem The Journey pada tahun 2014.

Buat masa ini, The Journey ialah filem Malaysia yang berjaya membuat kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu sebanyak RM 17.6 juta. Kata Sam di majlis pratonton media filem terbarunya ‘Rembat’:

Melihat kepada kutipan Polis Evo sekarang, saya rasa kami boleh mengalahkan ‘The Journey.

The Journey ialah sebuah produksi Astro Shaw, sama seperti Polis Evo. Astro Shaw beritahu saya The Journey tidak membuat banyak kutipan pada minggu pertama tayangannya, tetapi mula mendapat kutipan yang lumayan pada minggu kedua.

Tetapi untuk Polis Evo, sejak hari pertama tayangannya sehingga hari ini–tiketnya masih habis terjual! Jadi saya percaya ia mampu mengalahkan rekod The Journey.

Polis Evo juga dibintangi oleh Zizan Razak telah menerima maklumbalas dan reaksi positif dari penonton dan pengkritik filem tempatan, dan Sam gembira kerana masih ramai yang menyokong industri filem tempatan.

Sam menambah yang walaupun Polis Evo telah mengutip RM 8 juta, dia tidak membuat sebarang keuntungan.

Astro Shaw tidak menjanjikan bonus. Terpulanglah pada mereka jika mahu memberi insentif kepada individu yang membantu pengeluaran filem itu, tetapi saya tidak meminta apa-apa.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo mengisahkan dua orang inspektor polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang perlu mengetepikan perbezaan personaliti mereka untuk melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah.

Filem Sam yang seterusnya, ‘Rembat’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 Oktober. Filem itu mengisahkan dua peminat fanatik pasukan bolasebak kebangsaan, Chin Chye (Ah Niu) dan Malik, yang mengalami kembara penuh kelakar sewaktu cuba menonton satu perlawanan antara Malaysia dan Thailand.

Tahun ini, kutipan filem Malaysia tidak memberangsangkan langsung tetapi kutipan yang dibuat oleh Polis Evo memberi sinar baru kepada industri filem yang seakan hampir mati. Diharap lebih banyak filem akan berjaya mendapatkan kutipan cemerlang seperti ini untuk menyemarakkan industri filem negara.

Jom saksikan Bangsawan ‘Anak Raja Anak Papa’ pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015