Written by AbangNara | October 12th, 2017

Hari ini, filem Tombiruo yang diadaptasi daripada novel karya Ramlee Awang Murshid mula ditayangkan di pawagam. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, M. Nasir dan ramai lagi. Sebagai salah satu cara mempromosikan filem lakonannya ini, Zul Ariffin telah memuatnaik sekeping gambar dirinya tanpa berbaju, sekaligus menampakkan ke’sado’an badannya di Instagram.

zul ariffin

Ternyata gambar ini membuatkan para peminat wanita Zul Ariffin tidak dapat duduk diam. Ramai yang menelan air liur. Silap-silap ada yang meletup ovarinya. Memang ‘perfect’ sungguh badan Zul Ariffin. Tak terlalu sado, tak kurus sangat, just nice je. Banyak komen-komen yang ditulis di gambar ini menyatakan rasa kagum dengan tubuh badan Zul Ariffin.

zul ariffin

zul ariffin

zul ariffin

zul ariffin

Apa pun jangan lepaskan peluang untuk melihat filem Tombiruo yang sudah pun mula ditayangkan di pawagam hari ini. Di dalam filem ini kebanyakan penampilan Zul Ariffin adalah tanpa baju. Jadi anda akan dapat ‘menikmati’ ke’sado’an badannya sepenuh hati. Berdasarkan review yang Abang Nara baca, memang filem Tombirou ini adalah salah satu filem wajib tonton 2017.

zul ariffin

Selamat menonton diucapkan. Tunjukkan sokongan anda buat filem tempatan.