Written by AbangNara | May 27th, 2010

filem lagenda budak setan

Lagi 1 minggu aje lagi untuk filem Lagenda Budak Setan ini dimainkan di pawagam. Kami dah tak sabar-sabar nak serbu pawagam 2 Jun nie. Tak sabar nak tengok adaptasi novel Melayu terhebat yang pernah kami baca di layar perak. Mesti gempak habis. Tengok poster dia pun dah mantap semacam je.

Untuk yang tak pernah tengok trailer Filem Lagenda Budak Setan, sila klik sini untuk membuatkan anda teruja untuk ke wayang. Entah kenapa kami dapat rasakan yang filem ini bakal menggegar wayang dan mungkin akan memecah rekod dari segi kutipan filem paling tinggi. Adakah anda tak sabar seperti kami jugak?

Untuk anda yang tak pernah baca novel Budak Setan, ini ada sedikit sinopsis tentang filem Lagenda Budak Setan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Nasihat kami, jangan lupa bawak tisu secukupnya semasa menonton filem ini nanti.

P.S: Selain pikir problem bajet kahwin, orang nak kahwin ni memang selalu pening kepala nak pilih warna untuk majlis perkahwinan diaorang.

 
Written by AbangNara | April 29th, 2010

Sapa sini tak pernah baca novel Budak Setan sila angkat tangan? Kami masih ingat lagi masa tue kalau tak silap time Form 3, penulis novel Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah keluarkan novel bapak punya tebal yang diberi tajuk “Lagenda Budak Setan”. Memang jiwang karat punya novel nie. Tahap leleh punya lah. Sempat jugaklah menitis barang seketul dua air mata ini.

Untuk pengetahuan anda novel Lagenda Budak Setan ini bakal diadaptasikan ke dalam filem yang turut diberi tajuk Lagenda Budak Setan. Hero dan heroinnya tak lain tak bukan ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. Untuk watak heroin memang sangat sesuai diberikan kat Lisa Surihani. Bukan apa sebab memang dalam novel si heroin tue mukannya digambarkan penuh dengan kelembutan dan keayuan seperti Lisa Surihani.

Apa-apa pun daripada trailer filem Lagenda Budak Setan ini nampaknya macam akan keluar satu filem yang menarik. Mungkinkah bakal menjadi filem of the year 2010? Tak pasti pulak bila tarikh keluarnya tapi sama-samalah kita nantikan. Sementara tue jangan lupa layan trailer filem Lagenda Budak Setan kat atas tue.

P.S: Uishhh bila tengok2 balik gambar Diana Danielle, cantik betul lah dia tuh. Duk pikir2 macam mana lah nak try tackle pompuan macam ni. Rupanya benda dia simple jer kot. Kita jer yang buat susah.