Written by Bella | June 5th, 2017

Mereka berdua sering dihimpit dengan komen negatif ketika menceburi bidang nyanyian, netizen menganggap suara mereka tidak merdu dan kemampuan vokal mereka sangat lemah, namun duet Fattah Amin dan Fazura menerusi lagu Cinderella yang menjadi ost drama Hero Seorang Cinderella menduduki tempat pertama dalam carta jualan iTunes hanya sehari selepas ia dilancarkan.

Fattah juga terkejut kerana lagu duetnya bersama Fazura berjaya mengetepikan lagu popular penyanyi antarabangsa seperti Ed Sheeran, Justin Bieber, The Chainsmoker dan Coldplay dan lain-lain lagi.

Saya ingin berterima kasih kepada pengarah, Michael Ang yang sudi memilih dan menjadikan Cinderella sebagai lagu tema drama itu. Kejayaan awal itu membuktikan kerjasama saya dan Fazura dalam lagu itu diterima ramai. Aizat selaku komposer sedikit sebanyak turut membantu memberikan bimbingan bagaimana mahu meluahkan emosi dengan berkesan ketika rakaman dilakukan.

Wah, siapa yang kutuk Fattah dan Fazura tidak boleh nyanyi nampaknya mereka terkedu la ye sekarang? Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua diatas pencapaian lagu tersebut. Nampaknya fenomena Fattzura betul-betul lebih hangat ya..

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 1st, 2017

Sudah mempunyai keserasian dan elemen romantis sejak mula menjalani penggambaran drama Hero Seorang Cinderella, aktres Fazura mengakui ia membantu beliau dan Fattah Amin untuk lebih menghayati  lagu duet mereka untuk ost drama berkenaan. Malah, proses rakaman lagu tersebut berjudul Cinderella yang  dicipta oleh Aizat Amdan serta Mel Ramlan berjalan dengan lancar.

Keserasian dan elemen romantis itu sudah dicipta dalam set. Sewaktu ke studio untuk merakamkan lagu itu pun, kami datang dari lokasi penggambaran.  Jadi, masing-masing sememangnya masih dalam karakter dan ia memudahkan kami untuk menghayati lagu itu dengan baik.

Aizat selaku komposer sedikit sebanyak turut membantu memberikan bimbingan bagaimana mahu meluahkan emosi dengan berkesan ketika rakaman dilakukan.

Dalam pada itu, Fazura juga mengakui  beliau dan Fattah sudah bersedia untuk menyanyikan lagu berkenaan dalam mana-mana pertandinga jika ia dicalonkan.

Sumber Berita : BH ONLINE