Written by Bella | April 14th, 2017

Tentu ada yang masih ingat kontroversi hangat rumah tangga Elly Mazlein yang turut mengaitkan nama Faye Kusairi sebagai orang ketiga. Jujur kami katakan, sejak beberapa hari lepas ada yang menerima baik berita pernikahan Faye bersama Azmi Hatta dan ada yang sebaliknya. Faye sedar dengan pelbagai reaksi masyarakat terhadap perkahwinannya itu.

Walaubagaimanapun, beliau dan suami masih memohon doa yang baik-baik daripada peminat untuk rumah tangganya.

Suami berpesan doakanlah yang baik-baik untuk kami sekeluarga dan terima kasih. Pada masa yang sama saya sebagai isteri akan bekerja seperti biasa. Manakala tentang batas ketika berlakon suami saya ada pesan juga seperti mana suami lain pesan kepada isterinya.

Mengenai bulan madu tu kami memang tak ada perancangan lagi sebab suami pun sibuk dengan kerja untuk drama yang akan keluar pada bulan Ramadan nanti. Dan saya pun sibuk dengan persiapan untuk berlumba (race) juga.

Sudah jodoh mereka untuk bergelar suami dan isteri. Apa yang berlaku pada masa lalu biarkan ia menjadi kenangan dan doakan sahaja agar rumah tangga Faye dan Azmi dapat berkekalan sehingga ke jannah. Sumber Berita : Media Hiburan. Kredit Foto : Faye Kusairi Official Fan Club

banner diploma ekskutif

P.S: Bekerja tapi teringin nak sambung belajar untuk memperbaiki mutu hidup anda? Tak payah pening-pening. Ambil je diploma eksekuif bersama Universiti Malaya yang kini telah pun dibuka untuk ambilan Mei 2017. Macam-macam kursus yang ditawarkan dan hanya perlu hadiri kelas pada hujung minggu sahaja. Jadi tak adalah kacau komitmen kerja anda. Sudah tiba masanya untuk anda mengubah hidup anda menerusi kursus diploma eksekutif Universiti Malaya ini. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my 

Written by Bella | April 10th, 2017

Ramai juga yang tidak menyangka semalam, pelakon Faye Kusairi dan pengarah yang juga bekas suami Elly Mazlein,  sudah berkahwin secara rahsia. Iyalah, sebelum ini bukan main lagi Faye menafikan beliau mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi.

Sehingga hari ini, Faye mahupun Azmi belum lagi memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan mereka.

Difahamkan majlis tertutup itu berlangsung di kondominium D’Pines, Jalan Ampang. Faye menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran. Kedua-duanya mengenakan pakaian berwarna sedondon merah jambu.

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Faye dan Azmi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : fayekusairiloversklub