Written by serenity | March 7th, 2016

Diam tak diam, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi rupanya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Fareez Fauzi, 18, telah memenangi pertandingan realiti Mentor Millenia yang berlangsung malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
 photo Cc4RvDoUYAAHXf3.jpgFareez yang merupakan protégé kepada penyanyi Hazama membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM 100, 000 dalam majlis yang diacraakan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Fareez menyampaikan lagu Drama King di samping berduet dengan Hazama untuk lagu Hilang Naluri. Apa yang menarik, Fauzi turut tampil dalam persembahan sketsa sewaktu menyanyikan lagu tersebut.
 photo Ccl6d9IUAAEeQY9.jpg

Pemenang tempat kedua ialah Qody, protégé Black, yang membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi, menyampaikan lagu Jerangkung Dalam Almari berduet bersama Black dan Hanya Nama Mu secara solo.

Pemenang tempat ketiga ialah Wani, juga merupakan protégé Black yang menyanyikan lagu Malam dan Merisik Khabar secara solo di samping berduet dengan Black untuk lagu Tanya Sama Hati dan Tiada Kata Secantik Bahasa.

Fareez juga sebenarnya sudah lama mengongsi video-video nyanyiannya di laman YouTube. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
 photo fareezfauzi.jpg photo 12784127_1652691868327147_225191054_n.jpg

"My worst enemy is my own lack of conviction."Let's watch Randai Musical: "Cindua Mato" at Panggung Sari, Istana…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 February 2016

Written by AbangNara | October 20th, 2014

Belum reda dengan kontroversi Miera Liyana berbikini dalam filem Dendam Orang Mati, kali ini timbul pula gosip pelakon jelita ini dengan Fauzi Nawawi. Gosip ini bukan gosip sembarangan, sebaliknya Miera Liyana dan Fauzi Nawawi dikatakan berjalan berpegangan tangan sekaligus menimbulkan persoalan sama ada mereka berdua sedang bercinta. Seperti yang kita ketahui, Fauzi Nawawi merupakan suami kepada Lisdawati dan telah pun mempunyai 3 cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

fauzi nawawi

Tampil menjelaskan keadaan, Fauzi Nawawi menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut. Kata Fauzi menerusi Mstar Online:-

Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka. Sebelum ini saya pernah bercakap ‘Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan’ pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih.

Macam saya… sudah ‘kebal’ dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu. Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yang bakal ditayangkan 6 November ini.

fauzi nawawi

Macam-macam sungguh gosip yang akan timbul apabila berkecimpung dalam dunia hiburan. Ini semua asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti. Respek kepada Fauzi Nawawi kerana tak melatah. Ini semua perkara biasa. Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tak gitu? Apa pun, semoga gosip ini tidak merosakkan hubungan Fauzi dan Lisdawati. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Mega gathering Toyota Hiace

Written by AbangNara | June 20th, 2014

Cantiknya gambar-gambar ‘newborn’ yang diambil oleh Camora Arts ini. Serius Abang Nara teruja dan terasa nak ambil khidmat mereka untuk anak kedua Abang Nara nanti. Ini hasil kerja Camora Arts untuk anak ketiga Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang bernama Ahmad Nur Fyrdaus. Gambar-gambar ini diambil ketika Fyrdaus berusia 6 hari.

anak ketiga lisdawti

Lisdawati telah selamat melahirkan Ahmad Nur Fyrdaus pada 14 Jun di Hospital Selayang secara normal. Sebelum ini, Lisdawati dan Fauzi Nawawi mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan. Semoga dengan kehadiran Fyrdaus ini, akan bertambah ceria dan gembira kehidupan mereka sekeluarga.

anak ketiga lisdawti

Lagi beberapa gambar Ahmad Nur Fyrdaus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Camora Arts. Boleh hubungi mereka di sana sekiranya anda berminat mengabadikan detik-detik awal kelahiran anak anda.

 
Written by AbangNara | June 4th, 2014

Akhirnya kemelut yang melanda Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berjaya juga diselesaikan. Rasanya dekat 3 bulan juga timbul salah faham antara mereka. Siap Sharnaaz Ahmad pergi buat pemeriksaan otak untuk membuktikan dirinya masih waras. Kelakar pun ada jugak kan? Namun baru-baru ini menerusi rancangan H!Live di Astro Ria, Fauzi Nawawi dan Lisdawati telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sharnaaz Ahmad.

fauzi nawawi

Malah menerusi akaun Twitternya juga, Fauzi Nawawi telah menulis kata-kata di bawah:-

Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yg sengaja or tkde Dan kami juga Tlh memaafkan anda yg selama ini membenci..

Sharnaaz juga telah menerima permohonan maaf daripada suami isteri tersebut. Kata Sharnaaz menerusi Mstar Online:-

Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf. Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak. Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka

sharnaaz

Kan bagus kalau macam ini. Meminta maaf dan memberi kemaafan adalah satu sifat terpuji. Gaduh lama-lama pun tak guna. Industri hiburan Malaysia kecil sahaja. Pusing sana pusing sini, nanti pasti kena bekerja di bawah satu payung jugak. Semoga dengan perkembangan ini, Sharnaaz, Fauzi Nawawi dan Lisdawati akan lebih tenang menjalani kehidupan masing-masing. Tahniah!!!

P.S: Beli produk besarkan alat kelamin, dapat kanta pembesar