Written by AbangNara | September 12th, 2017

Susulan viral kenyataan “tak boleh terdedah kepada cahaya luar agar warna kulit tidak berubah” daripada Fattah Amin, ramai netizen yang telah salah anggap terhadap pelakon itu. Malah beberapa orang rakan selebriti seperti Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga turut mengusik Fattah Amin dengan gurauan “taraf Hollywood” sehingga menyebabkan peminat hero Melayu itu sentap dan naik angin. Sebenarnya bukan saja-saja Fattah Amin tak boleh berjemur. Ada sebab dan alasannya yang tersendiri.

fattah amin

Menurut Fattah Amin, tindakannya yang menjaga penampilan sehingga tahap sebegitu adalah kerana tugas menjadi duta produk kecantikan. Selaku seorang duta, imej yang bersih, sihat, tampan, kacak dan menarik harus dititikberatkan. Barulah orang percaya kepada keberkesanan produk tersebut. Kata Fattah Amin:-

Mungkin ada anggap saya keterlaluan tetapi apabila menjadi duta produk, perkara begini amat dititikberatkan. Saya menjaga setiap anggota badan kerana semuanya membawa nilai terutama produk yang saya wakili”

Sebab itulah pihak pengurusan akan berpesan kepada syarikat produksi untuk tidak membenarkan saya terdedah dengan panas. Ini kerana jika saya gelap atau kulit tidak sekata, ia akan mengganggu produk yang diwakili”

Jika rambut saya panjang, mereka tegur dan meminta saya potong rambut. Itulah yang saya buat. Kadangkala mereka cakap kuku sudah panjang, pergi potong. Apa yang Tuhan kurniakan pada diri, kita seharusnya jaga. Cuba saya keluar selekeh, bukan peminat saja yang tak nak tengok, klien pun tak mahu

fattah amin

Ada betulnya penjelasan Fattah Amin ini. Sementara tengah laku ini, kenalah jaga dan pasang badan sebaik mungkin. Kalau nak mengharap rezeki dari lakonan semata-mata, memang tak cukup. Kenalah pulun mana yang boleh sementara populariti sedang mencanak. Di situlah pentingnya menjaga imej diri. Kalau gemuk, kusam dan serabai, memang confirm klien tak akan ambil punya. Apa pun kepada Fattah Amin, teruskan usaha anda untuk mengekalkan imej sempurna. All the best and good luck. Sumber ProjekMMO.

Written by AbangNara | September 7th, 2017

Menjadi seorang selebriti bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih kalau anda sedang berada di puncak populariti seperti Fattah Amin. Segala kelakuan, tingkah laku, kata-kata dan penampilan akan sentiasa diperhatikan oleh para peminat dan juga media massa. Salah cakap sikit je, confirm jadi viral. Muka berubah sikit pun, confirm para peminat (terutamanya kipas susah mati) boleh nampak. Berat badan naik 1,2 kilogram pun confirm akan jadi bualan mereka.

fattah amin

Namun apa yang dilakukan oleh para peminat ini adalah untuk memastikan selebriti kegemaran mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top. Sentiasa sedap mata memandang. Kepekaan peminat Fattah Amin memang lain macam. Menerusi gambar di laman sosial pun boleh perasan kuku dah panjang, rambut dah panjang dan sebagainya. Kata Fattah Amin:-

Sebagai selebriti, saya tidak nafikan, peminat memerhatikan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bayangkan hanya melalui posting saya di media sosial sahaja, peminat boleh menyedari kuku saya panjang, rambut saya panjang dan mereka akan meminta saya untuk memotong bagi kelihatan lebih kemas. Atas faktor itu juga membuatkan saya lebih peka dengan penjagaan diri termasuklah meluangkan masa di spa atau salon untuk merapikan diri.

Tidak dinafikan bila sudah bergelar duta dan jurucakap kepada sesetengah produk kecantikan atau penjagaan diri, pasti saya perlu menjaga penampilan dan kebersihan. Sehinggakan kalau shooting, saya pastikan tidak terlalu terdedah kepada cahaya luar agar warna kulit saya tidak berubah. Tapi saya tidak rasa terbeban dengan semua itu kerana bagi saya itu kerja saya

fattah amin

Abang Nara suka dengan jawapan Fattah Amin. Memang ia adalah satu kerja untuk seorang selebriti untuk sentiasa menjaga penampilan diri. Kalau muka dah tak hensem, badan dah gemuk, jambang tak dijaga rapi, pasti pengarah-pengarah drama dan filem pun keberatan nak bagi tawaran berlakon. Selagi tengah banyak demand ini, buatlah yang terbaik untuk sentiasa tampil kacak bergaya. Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin kerana memahami tanggungjawab diri sebagai seorang selebriti. Sumber Sinar Harian.

Written by AbangNara | August 24th, 2017

Kuala Lumpur Fashion Week telah pun tamat kira-kira seminggu. Memang banyak fesyen-fesyen menarik yang diperagakan sepanjang acara tersebut. Namun paling mencuri perhatian ialah kehadiran Fattah Amin yang telah tampil menghadiahkan sejambak bunga kepada Fazura. Fattah telah naik ke atas pentas sebaik sahaja Fazura selesai mempersembah himpunan rekaan jenamanya, House of Dolls. Aksi ini telah mendapat sorakan daripada para penonton yang hadir.

fazura fattah

Para pengikut Fazura dan Fattah Amin di laman sosial juga masing-masing melahirkan rasa teruja dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelakon ini. Rata-rata melahirkan rasa tak boleh “move on” dengan gandingan #Fattzura ini yang terhasil di dalam drama Hero Seorang Cinderella.

fazura fattah

Untuk makluman, kehadiran Fattah adalah atas jemputan peribadi dari Fazura sendiri. Namun bukanlah Fattah seorang sahaja yang dijemput, namun beberapa orang rakan Fazura yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen tersendiri.

fazura fattah

Sudah pasti para peminat tegar Fattah Amin dan Fazura mahukan pelakon ini bergandingan sekali lagi di dalam drama sekaligus mencentus fenomena hebat. Sama-sama kita nantikan sama ada akan ada drama yang menampilkan mereka berdua. Apa pun, Abang Nara suka melihat hubungan silaturahim yang terjalin antara mereka berdua. Memang nampak “genuine” dan tidak dibuat-buat.

fazura fattah

Semoga hubungan yang terjalin ini akan berkekalan dan mana tahu suatu hari nanti akan tercipta rasa yang lebih jauh. Sama-sama kita doakan.

Written by AbangNara | August 21st, 2017

Teguran Que Haidar tentang pelakon baru yang hanya menjaja wajah kacak dan bukannya bakat baru-baru ini telah membuatkan para netizen berspekulasi. Ramai yang meneka teguran itu ditujukan kepada pelakon popular, Fattah Amin. Sebelum ini, Fattah Amin pernah dilabel pelakon “kayu”. Namun mutu lakonannya semakin hari semakin memberangsangkan, seiiring dengan kekacakannya.

fattah amin

Apa pun, Abang Nara respek dengan reaksi Fattah Amin yang enggan membesar-besarkan teguran ini. Bagi Fattah, Que Haidar tidak menyebut nama mana-mana pelakon, jadi dia tidak perlu terasa. Kata Fattah Amin:-

Pernah ke saya terasa? Bagi saya, tak kira orang biasa, selebriti atau peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.
Lagipun, dalam kenyataan selebriti tersebut tidak ada menyebut nama sesiapa.

Jadi, perkara itu dikatakannya secara umum. Sama juga dengan peminat yang kadang-kadang apa yang dikatakan atau komen itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

que haidar

Daripada membuang masa memikirkan benda yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita, lebih baik Fattah Amin terus fokus dengan lakonannya di dalam drama “Coffee Prince”. Tak gitu? Biasalah bila dah popular, memang ramai yang akan cemburu. Yang penting kita sentiasa cuba membaiki segala kelemahan diri. Lama kelamaan pasti pihak luar akan mengakui bakat kita. Sumber Mstar Online.