Written by serenity | November 19th, 2017

Dalam entri sebelum ini, penulis melaporkan bahawa pelakon Fathia Latiff telah hadir ke tempat kerja lewat lima jam dalam keadaan tidak bermaya.

Namun begitu, ianya  sebenarnya adalah penjelasan untuk satu siaran Instagram secara langsung oleh Fathia meluahkan kekecewaan apabila kemunculannya untuk satu siaran FB Live dibatalkan walaupun pelakon itu telah muncul dan menukar pakaian.

mStar Online melaporkan, dalam satu siaran langsung di Instagram pada malam hari Jumaat, pelakon Fathia Latiff menyatakan merasa dipermainkan apabila kemunculannya untuk satu siaran langsung membabitkan Sepahtu dibatalkan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 19th, 2017

Sebelum ini, sebuah produksi drama pernah memberhentikan Fathia Latiff dari berlakon dalam sebuah drama susulan isu wanita itu dikatakan muncul lewat ke lokasi penggambaran dengan keadaan tidak terurus.

Kini, Fathia dikatakan melakukan perkara yang sama apabila muncul lewat lima jam ke sebuah siaran langsung, juga dalam keadaan tidak bermaya. Miss K di Astro Gempak bercerita:

Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul.

Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?

Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan.

 

Sebelum ini, Fathia digugurkan dari produksi drama itu semasa kes kontroversi pelakon itu muncul di Bigo Live dan menayangkan sebahagian payudara semasa menari seolah-olah tidak sedar kelakuannya sedang dirakamkan.

Jika benar apa yang diperkatakan ini, nampaknya kerjaya Fathia sukar untuk dipulihkan, tambahan pula dia juga dikecam baru-baru ini kerana menulis tweet berunsur sinis terhadap pemimpin negara.

Masih belum terlewat untuk memperbaiki keadaan. Sayanglah wajah jelita jika tidak dipadankan dengan disiplin kerjaya, ya tak? Potensi musnah sebegitu saja. – beautifulnara.com

Written by serenity | November 10th, 2017

Setelah menerima kecaman hebat kerana beraksi di Bigo Live, Fathia Latiff telah menimbulkan kegemparan dengan tidak memahami maksud ‘cashless’, menyindir Perdana Menteri ekoran isu banjir di Pulau Pinang dan terbaru, pelakon drama Arianna Rose kini menulis sindiran berkenaan peningkatan saluran dana oleh kerajaan ke industri pelancongan.

Fathia bagimanapun sekali lagi dibidas kerana dianggap menulis tweet kurang cerdik mengenai sektor pelancongan negara. Fathia menulis:

Screenshot_2017-11-10_223850Apabila menerima reaksi negatif netizen, Fathia menganggap ada yang sentap dengan kenyataannya. Namun ada netizen menerangkan bahawa Fathia menerima reaksi negatif kerana tidak faham tujuan kerajaan menyuntik dana ke industri pelancongan:

Screenshot_2017-11-10_223902

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | November 10th, 2017

Selepas dikecam kerana dikatakan menyindir Perdana Menteri Malaysia yang tidak melawat mangsa banjir di Pulau Pinang sehingga dilabel netizen sebagai artis tiada modal, pelakon Fathia Latiff tampil memohon maaf kerana mempolitikkan isu banjir tersebut.

Menurut Fathia, beliau bukanlah anti kerajaan tetapi hanya bersuara bagi pihak rakyat Malaysia yang lain dan statusnya sebagai “ public figure” mungkin dapat menarik perhatian serta membantu mesej tersebut untuk sampai ke pihak sepatutnya dengan lebih pantas.

Mungkin apa yang ditulis oleh Fathia sebelum ini tidak kena pada masanya. Iyalah, kebanyakan rakyat Malaysia sedang bersedih dan simpati dengan nasib-nasib mangsa banjir di Pulau Pinang, jadi kenyataan yang dikeluarkan agak sensitif.