Written by Bella | April 7th, 2017

Baru-baru ini, kenyataan Aiman Hakim Ridza yang mengakui masih lagi menyayangi bekas kekasihnya, Fathia Latiff membuat beberapa peminat fanatik mereka seakan “berharap” agar pasangan ini mungkin ada peluang untuk bersatu kembali sebagai pasangan kekasih.

Berbicara mengenai kenyataan Aiman, Fathia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan hanya menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Ya, saya ada dengar mengenai cerita itu. Pada saya, apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu. Cuma saya faham, kadang-kadang hati dan perasaan tidak boleh dikawal.

Saya juga tidak mahu berkata apa-apa. Manalah tahu, satu hari nanti pintu hati ini terbuka untuknya? Bagaimanapun, buat masa ini saya hanya ingin memfokuskan pada lakonan dan perniagaan, selain mahu menjadi contoh terbaik kepada remaja sekarang.

Kalau ada jodoh tidak kemana, walaupun berpisah pasti satu hari akan bersatu. Namun, jika sebaliknya, doakan sahaja mereka berdua boleh mengekalkan hubungan yang baik sebagai rakan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 27th, 2017

Minggu lepas, pelakon kacak pujaan ramai, Aiman Hakim Ridza akui beliau masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, Fathia Latiff sepenuhnya dan masih menyayangi wanita itu.

Nampaknya, kenyataan Aiman itu disalah erti oleh sesetengah pihak yang menyangka Aiman sehingga hari ini masih lagi menagih cinta Fathia. Umum mengetahui, Fathia kini sedang intim dengan seseorang yang juga terlibat didalam industri hiburan.

Menurut Aiman, beliau sebenarnya enggan lagi dikaitkan dengan Fathia meskipun ada beberapa pemintaan yang mahu melihat mereka berdua bergandingan bersama.

Perkara yang lepas tak payahlah nak dikenang-kenang semula. Tak payahlah nak mengimbas semula cerita-cerita lama tu. Ia ibarat membuang masa saja. Nanti tak pasal-pasal, fokus berlakon entah ke mana sebab mengikutkan perasaan yang tak berapa nak rasional itu.

Masih belum temui pengganti, Aiman kalau boleh tidak mahu lagi bercinta dengan mana-mana artis.  Aiman merasakan dunianya seolah-olah semakin sempit apabila memperkatakan perihal yang sama selepas tamat waktu kerja jika bercinta dengan rakan sekerja.

Saya jenis yang mudah boring kalau bercerita tentang topik kerja selepas tamat waktu kerja. Nak juga bertukar-tukar cerita dengan pasangan kita. Barulah otak ini berkembang luas. Jadi bagi mengelakkan rasa boring itu, saya berharap sangat untuk tidak lagi menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis lagi selepas ini. Saya cuma hendak berseronok dengan kehidupan saya. Tinggal lagi, saya belum ada rezeki nak bertemu dengan cinta baharu.

Hakikatnya, Aiman sudah pun memulakan kehidupan baharu, cuma sisa kasih sayang dan kenangan itu masih ada didalam hatinya. Namun, ia tidak bermakna beliau masih ingin bercinta semula dengan Fathia. Kami yakin beliau juga sedar bekas kekasihnya itu sedang mengenali hati budi seseorang.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | March 20th, 2017

Percintaan antara Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff sudah berakhir lebih daripada setahun, tetapi bukan mudah sebenarnya buat Aiman untuk melupakan kisah cinta mereka yang terjalin selama empat tahun sebelum berpisah. Aiman akui beliau masih menyayangi Fathia dan tidak dapat melupakan bekas kekasihnya itu sepenuhnya.

Mungkin percintaan mereka sudah tamat tetapi mereka juga kerap bertanya khabar dan berborak menerusi telefon. Buat Aiman, Fathia adalan seorang wanita yang cukup sempurna.

Kami masih berkawan. Adalah sekali kami bertemu selepas putus cinta. Bagaimanapun, kami selalu juga berborak dan bertanya khabar menerusi telefon. Saya masih menyanyanginya sebagai kawan. Saya tetap mengambil berat mengenainya. Bagi saya, Fathia ialah wanita yang cukup sempurna. Saya belajar banyak perkara mengenai kematangan hidup dengannya.

Saya boleh anggap pengalaman percintaan bersamanya sesuatu yang sangat manis, Fathia banyak membuka minda dan berkongsi pengalaman hidup dengan saya. Sampai hari ini pun, saya belum berupaya melepas dan memulihkan perasaan saya sepenuhnya. Saya memang tidak buat kenyataan selepas putus dengannya kerana saya menghormatinya.

Aiman bagaimanapun masih enggan bercerita mengenai punca perpisahan mereka demi menjaga hati keluarganya dan Fathia. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia mereka berdua.

Saya rasa tidak perlulah orang luar mengetahui apa yang berlaku, cukuplah sekadar kami berdua sahaja. Saya juga perlu menjaga hati keluarga saya dan Fathia. Jadi biarlah kisah cinta kami disimpan di lubuk hati paling dalam.

Tidak mudah untuk terus “move on” dan melupakan seseorang yang bertahun lamanya bertakhta didalam hati dan hidup kita.

Sumber Berita : Berita Harian