Written by Bella | May 22nd, 2017

Umum mengetahui tentang situasi tegang mengenai insiden yang berlaku di acara Fenomena Aidilfitri 2017 yang melibatkan  pelakon popular Nora Danish dan Fasha Sandha.  Malah, Nora juga sudah mengambil tindakan untuk menyaman Fasha gara-gara statusnya di media sosial yang didakwa mencetuskan salah faham.

Menurut Nora, apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya ingin menamatkan setiap perselisihan faham mereka berdua yang tidak berkesudahan selama beberapa tahun.

Perjuangan mencari kebenaran ini bukan untuk pertahankan diri Nora sendiri. Kali ini untuk suami dan keluarga tercinta serta perniagaan yang diusahakan. Nora sekarang dah tak macam dulu lagi. Kini dah bergelar isteri.

Sudah tentulah impak kenyataan palsu yang dibuat itu telah mengguris banyak hati. Bukan saya seorang. Sebab itu Nora mengambil keputusan untuk menoktahkan segala-galanya secepat mungkin biar masalah selesai ikut saluran yang betul.

Benda ini bukan benda baru pun, selama ini banyak fitnah yang bertebaran, Nora tak layan. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila Nora nak bagi orang lain pijak kepala? Itu yang Nora, buat bertindak.

Meskipun apa yang berlaku memberikan impak yang agak besar terhadap dirinya, Nora memberitahu beliau tidak berdendam dengan Fasha.

Sumbe Berita : Utusan Mingguan

Written by Bella | May 15th, 2017

Sejak minggu lepas, dunia hiburan tanah air kecoh dengan isu  yang melibatkan dua orang pelakon wanita terkenal, Fasha Sandha dan Nora Danish.

Enggan lagi masyarakat terus berspekulasi dan diasak dengan pelbagai soalan, Fasha yang tidak merencana untuk mengadakan sebarang sidang media berhubung isu beliau disaman telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di akaun Instagramnya.

Dalam kapsyen panjang lebar yang dimuat naik oleh beliau, Fasha ada memberitahu beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur dan juga mana-mana pihak ketiga yang sudah memalukan beliau.  Fasha juga pada masa yang sama menjelaskan luahan beliau mengenai kejadian yang berlaku ketika acara fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 tidak ditujukan kepada pihak tertentu seperti yang didakwa.

Nampaknya kedua-dua belah pihak telah tampil dengan kenyataan mereka sendiri mengenai isu ini. Buat masa ini, kita tidak boleh komen apa-apa dan nantikan perkembangan isu ini selanjutnya.

Written by Bella | May 15th, 2017

Berikutan kontroversi yang mencetuskan situasi tegang antara pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish, pihak penganjur Fenomena Aidilfitri telah tampil memohon maaf dan akan bertanggungjawab atas salah faham yang telah berlaku.

Sedang bercuti bersama keluarganya di Australia, Fasha menerusi portal Harian Metro memberitahu beliau sudah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada pihak penganjur terbabit.

Walaubagaimanapun, Fasha masih enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung saman fitnah terhadap dirinya yang difailkan oleh Nora.

Saya akan memikirkan terlebih dahulu mengenai kenyataan diberikan penganjur yang mahu bertemu dengan saya dan mengadakan sidang akhbar seperti apa yang dinyatakan.

Maaf saya masih di Australia, dan saya belum boleh memberikan sebarang komen mengenai perkara terbabit. Saya akan memberikan kenyataan mengenainya selepas 18 Mei ini setelah pulang ke tanah air.

Terdahulu, pihak penganjur menjelaskan berita kononnya Nora tidak mahu hadir pada acara fesyen berkenaan dilakukan atas pihaknya sendiri dan bukanlah mengikuti arahan Nora ataupun mana-mana pihak.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 13th, 2017

Walaupun sedang bercuti bersama keluarga dan anak-anaknya, pelakon Fasha Sandha masih mengetahui setiap perkembangan terbaru mengenai  kontroversinya bersama Nora Danish.

Fasha menerusi akaun Instagramnya sempat untuk memuat naik kenyataan balas berhubung tindakan Nora yang telah memfailkan saman fitnah terhadapnya.

Berikut kenyataan penuh Fasha : –

Sehingga hari ini, apa situasi sebenarnya yang  berlaku antara dua selebriti in masih lagi menjadi persoalan dikalangan peminat mereka. Semoga salah faham yang terjadi dapat diselesaikan secara baik.