Written by Bella | May 13th, 2017

Situasi tegang antara Fasha Sandha dan Nora Danish mengenai satu insiden yang berlaku ketika pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lepas sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai perkara tersebut.

Tidak mahu netizen terus salah faham dan mengkritik kedua-dua pelakon wanita tersebut, penganjur acara tersebut melalui Pengarah Urusan Glass Go Media, Amiruddin Rizuan Ali telah tampil memohon maaf dan menjelaskan salah faham yang sudah berlaku sehingga mencetuskan kontroversi.

Kejadian yang berlaku tiada kena mengena dengan Nora Danish atau Fasha Sandha dan ia sebenarnya atas kelalaian daripada pihak saya. Pada malam tersebut tiada sebarang kejadian melibatkan tarik diri daripada pertunjukan fesyen mahupun halau-menghalau dan ia merupakan satu salah faham.

Jadi, saya mengambil sepenuh tanggungjawab atas perkara yang terjadi dan akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Saya memohon agar netizen dan peminat menghentikan spekulasi dan tidak terus menyebarkan fitnah.

Harapnya dengan penjelasan daripada pihak penganjur, netizen tidak akan terus membuat andaian mereka sendiri. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secara baik.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | May 12th, 2017

Masih lagi mengenai kontroversi dan perbalahan antara Nora Danish dan Fasha Sandha. Umum mengetahui tiba-tiba nama dua aktres ini cukup hangat dibicarakan sejak semalam mengenai isu “halau” yang diluahkan oleh Fasha menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi portal Harian Metro, Nora telah meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang begitu mudah menghukum beliau tanpa mengetahui perkara sebenar. Ia tidak adil untuk melemparkan kata-kata negatif kepadanya hanya berdasarkan kenyataan Fasha melalui media sosial.

Kalau saya nak halau dia dari majlis, kenapa sekarang. Kenapa tidak lapan tahun lalu. Sesetengah orang menyalahgunakan kuasa media sosial untuk perkara yang negatif. Saya kesal dengan tindakan segelintir netizen yang cepat menghukum dan hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak.

Buli di alam siber juga harus dihentikan. Tindakan seorang blogger yang melaporkan perkara itu secara berat sebelah juga mengecewakan saya. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Terdahulu, Nora juga ada meluahkan perasaan di Twitter miliknya mengenai isu ini. Dalam status Twitter Nora, beliau ada menyatakan setiap apa yang berlaku bukanlah berpunca daripada dirinya. Satu hari nanti pasti kebenaran akan terbukti.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 12th, 2017

Semalam, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik luahan penuh kontroversi apabila beliau dikatakan dihalau daripada sebuah acara fesyen gara-gara seorang selebriti yang enggan melihat kehadiran Fasha di acara tersebut dan mahu menarik diri daripada bekerjasama dengan pihak produk tekstil  popular yang menganjurkan acara berkenaan jika Fasha ada pada malamtersebut  .

Isu tersebut memang cukup hangat dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengaitkan nama Nora Danish sebagai artis yang dikatakan tidak senang dengan kehadiran Fasha.

Tidak mahu namanya terus terpalit dengan kontroversi, Nora telah memuat naik status di berkenaan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya menerusi akaun Twitter beliau.

Malah, Nora juga menerusi ruangan komen di Instagramnya turut membalas komen netizen dengan menyatakan satu hari kebenaran akan terbukti.

Erm, nampaknya kedua-dua pihak telah tampil dengan kenyataan mereka tersendiri. Kami tidak tahu apa yang sudah berlaku, tetapi harapnya isu ini tidaklah berpanjangan. Bagaimanapun, mereka berdua tetap berada di dalam industri yang sama dan cubalah untuk tidak bermasam muka.

Written by Bella | May 11th, 2017

Pelakon Fasha Sandha petang tadi telah menggemparkan dunia hiburan tanah air apabila beliau memuat naik kapsyen luahan perasaan di akaun Instagramnya.

Menurut Fasha, beliau tidak dapat melupakan saat beliau “dihalau” daripada sebuah majlis fesyen anjuran jenama pakaian dan tekstil terkenal.  Semuanya gara-gara seorang artis yang turut bekerjasama dengan jenama pakaian tersebut ingin tarik diri jika Fasha hadir pada majlis tersebut.

Berikut antara luahan Fasha :-

Fasha dengan tegas juga memberitahu beliau tidak akan hadir di dalam mana-mana acara jika ada nama artis tersebut.