Written by Bella | March 20th, 2017

Bermula daripada pendedahan beliau sering diganggu oleh seseorang yang pernah bertakhta dan hadir didalam hidupnya  termasuk keluarga bekas suaminya, Jejai sehinggalah yang terbaru dimana beliau akan tetap mempertahankan anak-anaknya sekiranya dirampas oleh sesetengah pihak. Ramai yang tertanya apakah kisah disebalik setiap muat naik dan kapsyen Fasha Sandha di akaun Instagramnya itu.

Walaubagaimanapun, Fasha masih belum bersedia untuk menjelaskan maksud tersirat yang cuba beliau sampaikan. Menurut Fasha, beliau akan menceritakan setiap butiran dengan lebih lanjut bila tiba masa yang sesuai nanti.

Saya ingin memohon maaf kepada semua yang ingin tahu apa cerita sebenar di sebalik semua kapsyen dan foto yang saya kongsikan itu. Saya hanya kongsi di laman sosial. Belum tiba lagi masa yang sesuai untuk saya menjawab semua persoalan-persoalan yang sedang bermain di fikiran ramai orang.

Sejujurnya,  ini perkara yang terlalu sensitif, melibatkan banyak pihak lain. Saya tidak boleh tersalah langkah, nanti buruk padahnya. Bagaimanapun, saya pasti kebenaran itu akan terbongkar juga nanti, masa tu semua akan tahu juga.

Untuk makluman anda, segala foto yang mencetuskan persoalan itu sudah dipadam oleh Fasha dan khabarnya beliau akan membawa perkara tesebut ke muka pengadilan untuk membela dirinya yang selama ini ditindas dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah.

Kami harap Fasha akan bertabah dengan segala dugaan yang sedang melanda beliau sekarang. Bak kata pepatah, berani kerana benar. Berjuanglah membela diri jika diri teraniaya.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 15th, 2017

Anda semua tentu tahu pelakon jelita Fasha Sandha baru-baru ini ada mendedahkan beberapa bukti beliau diganggu oleh individu yang pernah hadir didalam hidupnya. Tidak dinafikan, sejak saat itu kami boleh nampak semangat Fasha lebih kuat untuk menegakkan kebenaran disebalik keperitan yang beliau tanggung sebelum ini.

Terbaru, Fasha sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik status penuh semangat ataupun “women empowerment” yang tidak akan mengalah jika ada yang mahu “merampas” kebahagiaan Fasha iaitu anak-anaknya daripada tangan beliau.

Berikut luahan penuh Fasha :-

Rata-rata pengikutnya yang membaca luahan Fasha berharap beliau akan kekal tabah dan mendoakan kesejahteraannya.

Ketika membaca luahan Fasha, kami dapat rasakan beliau kini tidak mahu lagi terus menjadi lemah selepas ditindas oleh pihak tertentu. Itulah kata orang, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan anak-anaknya.
im4uP.S: Pergh!!! Altimet, Syamel, Awi Rafael, Harris Baba, MASDO, Oh Chentaku, Ernie Zakri dan PITAHATI semuanya akan berkumpul di Politeknik Merlimau, Melaka bersempena iM4U Reach Out Convention & Celebration yang ke 5 pada 18hb MAC ini dari jam 1.30ptg hingga 6.30 petang. Confirm seronok dan meriah sangat-sangat nie. Lepas itu ada perkongsian hebat serta penuh inspirasi daripada Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holdings Berhad. Memang rugi kalau terlepas. Sambil berhibur, sambil boleh belajar banyak perkara baru.

Golongan belia dari umur 18 hingga 40 tahun memang sangat-sangat digalakkan untuk menyertai program iM4U ini kerana ia mengalakkan semangat sukarelawan yang akan membuat perbezaan, membina negara dan memberi manfaat kepada masyarakat. Jadi jom kita beramai-ramai meriahkan iM4U Reach Out Convention & Celebration ini. Maklumat lanjut layari http://more.im4u.my/reach-out-convention-celebration-2017 dan LIKE Facebook 1Malaysia For Youth serta ikuti Instagram @1m4youth. Jumpa di sana!!!

Written by Bella | January 5th, 2017

Selepas lama terlibat dengan penggambaran drama bersiri, Lara Aishah, pelakon Fasha Sandha menggunakan waktu lapang yang ada dengan membawa anak-anak serta keluarganya bercuti di Hong Kong Disneyland.

Fasha sempat memuat naik beberapa foto dan video ketika beliau berada di sana bersama peminat. Namun, satu video dimana anaknya Putri Raysha Jemaima yang memakai gaun watak filem Frozen berlari memeluk abangya, Putra Rayfal membuatkan hati netizen tersentuh.

Rata-rata memuji dan kagum dengan cara Fasha sebagai seorang ibu tunggal mendidik dan memupuk perasaan kasih sayang antara dua orang anaknya itu.

Berikut video yang menjadi tumpuan ramai :-

Berikut pula komen netizen :-

Harapnya anak-anak Fasha Sandha akan terus berkasih sayang seperti ini sehingga dewasa nanti. InshaAllah mereka juga akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber Berita : Instagram Fasha Sandha

Written by Bella | October 5th, 2016

Bila ada sahaja wanita yang memegang status ibu tunggal, pasti pandangan masyarakat terhadap mereka agak berbeza. Perkara pertama yang bermain di fikiran masyarakat ialah betapa susahnya hidup untuk menjaga anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi dan pasti hidup seorang ibu tunggal selalu bersedih.

Namun, buat pelakon Fasha Sandha, beliau tidak mahu masyarakat terus berfikiran sebegitu. Fasha yang merupakan seorang ibu tunggal juga memberitahu beliau perpisahan bukan bermakna beliau harus berendam dengan air mata sahaja.

Menurut Fasha, apa yang penting ialah seseorang itu harus mempunyai pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil.

Saya sedar ramai yang memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai wanita seperti saya. Apabila berpisah bukan bermakna saya perlu berendam air mata atau bersedih dengan perkara tersebut sebaliknya menguatkan lagi diri untuk menjadi yang terbaik.

Bagi saya yang paling penting pastinya pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil. Kalau kedua-dua perkara itu seiring, insya-Allah tidak akan menjejaskan kita. Selebihnya kita perlu melalui hari-hari mendatang dan terus membesarkan anak-anak seperti biasa.

Fasha akui, kekuatan utama beliau adalah anak-anak serta keluarga beliau yang sering memberikan sokongan moral dan menemani beliau.

Dalam keadaan ini, saya beruntung kerana mereka sentiasa ada dengan saya. Ahli keluarga yang lain juga sentiasa menemani dan saya sendiri tidak pernah memisahkan kasih sayang dengan bapa mereka.

Sebab itu saya tidak berhadapan dengan masalah yang besar apabila bergelar ibu tunggal. Yang paling penting jaga emosi dan jangan sesekali mengalah dengan keadaan.

Berbicara mengenai teman lelaki pula, Fasha memberitahu ada ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, tetapi beliau kini mahu fokus kepada kerjayanya dahulu.

Sumber Berita : Utusan Online