Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Fasha Sandha Hisap Rokok Dengan Machonya

Monday, February 1st, 2010

fasha sandha hisap rokok

Fasha Sandha. Satu nama yang sentiasa penuh dengan kontroversi. Kontroversi dengan Facebook I Hate Fasha Sandha, kontroversi gambar mesra dengan bekas suami Nora Danish dan hari ini kontroversi gambar Fasha Sandha hisap rokok. Katanya gambar nie diambil semasa sambutan hari jadi Fasha Sandha.

Kami taknak salahkan Fasha Sandha kerana merokok. Kami pun ramai jugak kawan-kawan perempuan yang hisap rokok. Cuma nasihat kami kepada artis-artis Malaysia nie, kalau boleh janganlah amik gambar time tengah hisap rokok ke, pegang botol arak ke, menari tak ingat dunia ke. Anda tue tumpuan ramai. Jadi berhati-hatilah dengan kelakuan anda.

Lagi gambar Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan ZonArtis.

(more…)

(TERBARU)Pengakuan Fasha Sandha Tentang Qabil Dan Rizal

Wednesday, October 14th, 2009

fasha sandha qabil ambak rizal

Terbongkang sekejap kami kepenatan membaca interview Fasha Sandha dalam Berita Harian hari nie. Panjang lebar betul penerangan cik Fasha kita. Akhirnya terungkai sudah segala misteri tentang percintaan 3 segi antara Fasha Sandha, Qabil Ambak dan Rizal. Ini yang kita mahukan dari artis Malaysia. Menjawap segala pertanyaan peminat-peminat atau pembenci-pembenci dia. Hidup Fasha Sandha ~~

Meh kami rumuskan apa yang sebenarnya berlaku antara Fasha, Qabil dan Rizal:-

1. Qabil Ambak sememangnya lelaki yang dikatakan bakal melamar Fasha Sandha sebagai isteri semasa Fasha bagi press conference. Ingat lagi tak? Kalau tak ingat leh baca artikel pengakuan Fasha yang menyatakan bakal berkahwin dengan seorang lelaki bujang. Memang kalau ikut plan asalnya, Qabil Ambak lah lelaki tue. Tapi sayang kita hanya mampu merancang. Tak sampai jodoh agaknya kot.

2. Adakah penyebaran gambar Fasha Sandha bersama Rizal di trek kereta, gambar Fasha Sandha dan Rizal di majlis hari jadi menjadi punca Qabil tak jadi masuk minang Fasha? Menurut Fasha, benda-benda tue tak ada kaitan dengan sebab diorang tak jadi bertunang. Alasan sebenar perpisahan diorang nie tak pulak dibagitau. Mungkin nak simpan buat pekasam kot.

3. Wujud ke orang ketiga ataupun ada halangan family yang menentang hubungan Fasha Sandha dan Qabil Ambak nie? Jawapannya sudah tentulah tak. Bak kata Fasha, reason perhubungan diorang tak dapat diteruskan adalah terlalu peribadi sampai tak boleh nak kongsi.

Kalau korang berminat betul-betul nak baca berita sepenuhnya pasal Fasha Sandha, Qabil Ambak dan Rizal nie, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(HANGAT)Kronologi Kisah Cinta Fasha Sandha

Thursday, August 20th, 2009

fasha sandha dan ekuin negara

Kami baru dapat email daripada hosting BeautifulNara, disebabkan pelawat yang teramat tinggi terutamanya pada jam 12 hingga 4 petang, kadang-kadang BeautifulNara akan hilang sekejap kerana server hang. Jadi kalau blog ini tak dapat masuk, cuba try 2, 3 minit selepas itu. Dan jika ada sesiapa atau mana-mana syarikat berminat untuk sponsor dedicated hosting, boleh hubungi kami di borakartis [at] gmail.com. Terima kasih

Saya seperti orang lain, pada mulanya memang percaya yang Fasha akan berkahwin pada Januari depan.

Ada beberapa versi yang saya dengar. Samada disebabkan oleh saya tersilap dengar, kawan saya tersilap dengar, atau Fasha berubah ubah statementnya, saya tak dapat pastikan.

1] Bertunang bulan September, kahwin Januari
2] bertunang bulan November, kahwin Januari

Tarikh perkahwinan
1] 20.1.2010 atau
2] 1.1.2010

Fasha  juga pernah bersumpah dengan nama Allah kepada rakan saya bahawa bakal suaminya bukan duda. Tetapi Fasha juga dahulu pernah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak memaki hamun wartawan Kak Raja tetapi Kak Raja tetap mengatakan beliau berbuat begitu dan menuduh Fasha plastik dan pembohong.

Fasha sebenarnya sebelum ini beberapa kali digosipkan dengan suami atau boyfriend orang. Antaranya:-
1. Yusry Kru

2. Hans Isaac

3. Pierre andre

4. Datuk Shafik

5. Farid Kamil

6. Saiful Apek

Teruskan membaca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui kronologi kisah cinta Fasha Sandha dan ekuin negara, Qabil Ambak.

(more…)

(GAMBAR)Terbaru Fasha Sandha Dengan Rizal Di Litar Kereta

Monday, August 10th, 2009

fasha sandha dan rizal

Gambar yang diambil pada 8 Ogos ini menunjukkan yang si Fasha Sandha telah pergi tengok si Rizal merempit di Millenium Race Endurance. Persoalannya di sini kenapa pulak Fasha nak pergi tengok Jejai nie berlumba? Adakah mereka ada skandal? Tapi hari tue baru si Pasha nie kata dia tak ada apa-apa dengan Rizal kan?

Sungguh misteri nusantara. Mungkin Fasha Sandha pun salah seorang perempit di litar tue dan mereka terjumpa secara tak sengaja. Alang-alang dah kenal diorang pun amik la gambar. Mungkin jugak kan? Kebenarannya hanya Fasha dan Rizal sahaja yang tahu.

Ada satu lagi gambar terbaru Fasha Sandha dan Rizal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.3

UPDATE: Tadi gambar tak keluar. Tapi nie kitorang dah betulkan. Tengok la balik.

(more…)

Gosip Hangat: Fasha Sandha Dengan Kekasih Baru

Monday, February 16th, 2009

kekasih terbaru fasha sandha

Nampaknya Fasha Sandha yang popular dengan gosip panas bersama lelaki orang(Rizal), kekasih orang lain(Farid Kamil) dan isteri orang (Nora Danish) kini sudah menjumpai kekasih baru.

Berita hangat ini sememangnya mengejutkan kerana kekasih baru Fasha Sandha ternyata terlalu tua untuknya.

Namun mengenali diri Fasha Sandha, usia tidak menjadi penghalang buat satu percintaan. Kemesraan mereka berdua ternyata terserlah daripada gambar di atas. Mungkinkah kita akan melihat episod percintaan Fasha Sandha kali ini berakhir dengan perkahwinan?

Apa pendapat anda? Adakah kekasih terkini Fasha Sandha ini sesuai dengannya? Sila undi dan komen untuk menyatakan pendapat anda.

[poll id="11"]