Written by Bella | January 20th, 2017

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle mengakui rumah tangganya bersama Farid Kamil pernah goyah dan mereka berdua hampir bercerai.  Namun, Diana akui tindakan beliau ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam didorong oleh perasaannya yang terlalu emosi.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Tidak memberikan sebarang komen mengenai isu rumah tangganya, Farid menerusi portal Utusan Online semalam akhirnya buka mulut dan mengakui rumah tangganya pernah goyah.

Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.

Farid lebih selesa untuk menggunakan cara lama iaitu mengambil masa untuk mengenal pasti kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan.

Farid  juga menasihatkan  pasangan muda yang ingin berkahwin untuk  mendalami ilmu agama terlebih dahulu dalam usaha memastikan perkongsian hidup suami isteri kekal bahagia.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | November 19th, 2016

Baru-baru ini Diana Danielle ada mendedahkan beliau hampir bercerai dengan Farid Kamil kerana beliau sudah tidak tahan lagi untuk memendam rasa atas beberapa masalah yang mereka hadapi. Pendedahan Diana itu mengejutkan peminat mereka yang sehingga hari ini tidak putus mendoakan keharmonian rumah tangga mereka.

Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan, Farid akhirnya telah tampil memberitahu status rumah tangganya kini.

Menurut Farid, apa yang sudah berlaku membuatkan hubungan mereka lebih rapat dan rumah tangga mereka lebih manis. Buat Farid, ia adalah asam garam kehidupan sebagai suami isteri.

Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan.

Farid tidak terkejut apabila ada keluarga yang bertanyakan hal berkenaan rumah tangganya kerana sebagai selebriti pasti ia menjadi tumpuan ramai.

Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut. Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai. Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi.

Alhamdullilah, baguslah kalau semuanya semakin membaik. Dalam rumah tangga pasti akan ada pasang dan surutnya, ia bergantung kepada pasangan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah. Kami mendoakan agar rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | June 23rd, 2016

Diana Danielle dan Farid Kamil adalah pasangan pelakon yang cukup ideal bersama bukan? Selalunya kalau anda lihat foto-foto mereka di Instagram,  memang cukup mesra bukan pasangan ini?

Digandingkan bersama dalam drama Sedikit Waktu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Diana akui beliau terasa segan dan agak kekok apabila berada dalam mood bekerja bersama suaminya.

Sangat ‘menakutkan’ berkerja dengan dia (Farid). Kita semua tahu dia pelakon yang bagus dan sebenarnya saya mula meminati dia sejak lakonannya dalam filem Anak Halal lagi. Bukan hanya dia malah masa tu saya minat Bront Palarae dan Maya Karin. Saya sangat mengagumi lakonan mereka.

Dan untuk drama ini, kali pertama kami digandingkan bersama. Selama ini memang saya tak pernah lagi bersama dia dalam mood bekerja. Jadi memang ketika pengambaran saya rasa kekok, takut, segan, malu dan rasa macam saya tak pandai berlakon apabila berada di depan dia.

Diana juga memberitahu kadang-kadang beliau terasa hati ataupun sentap dengan setiap dialog daripada Farid meskipun ia sekadar skrip didalam drama berkenaan.

Setiap apa dialog yang dia cakap, tak semena-mena saya rasa sentap (terasa) padahal saya faham itu skrip bahkan saya selalu ingatkan diri saya yang kami sedang bekerja. Tapi saya pula yang terlebih sensitif.

Biasalah la tu kalau jarang bergandingan dengan suami didalam drama, adalah rasa sensitif, kekok, semua tu. Namun, mungkin ada juga detik yang agak seronok bukan? Hehe..

Sumber Berita : Malaysian Digest

Written by Bella | September 17th, 2015

Apabila Diana Danielle disahkan mengandung untuk kali kedua, sebagai seorang suami Farid Kamil jelas merasa teruja akan berita gembira tersebut. Tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak mereka yang dijangka pada bulan November depan, Farid kalau boleh ingin sering berdamping dengan isterinya melalui saat-saat penting ketika sedang mengandung.

Harap-harap tarikh perlawanan tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan.

Pada masa yang sama, Farid meluahkan rasa syukur apabila Diana tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan anak kedua mereka.

Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami.

Jangan risau Farid, kami doakan semoga kandungan Diana akan terus baik-baik sahaja dan Allah SWT permudahkan proses kelahiran nanti. Untung dapat suami yang memahami macam Farid, iyalah wanita mengandung ni perlukan perhatian lebih daripada suami mereka.

Sumber Berita: mStar Online